Gunting rambut guna api, jangan tiru ini di rumah!

gunting-rambutfmt-ohsem-inside-article1Pernahkah anda melihat rakaman video seorang lelaki menggunting rambut menggunakan api?

Rakaman yang viral tahun lalu berlaku di India apabila seorang tukang rambut professional menggunakan api dan pedang bagi menggunting rambut pelanggannya di salun.

Terbaru, satu lagi rakaman menunjukkan kaedah sama yang viral tetapi kali ini di Brazil dan dilakukan secara santai di kawasan terbuka.

Dalam rakaman yang dikongsi dalam Liveleak menunjukkan seorang lelaki menggunting rambut dengan hanya menggunakan sebatang kayu berapi.

Lelaki yang tidak memakai sebarang baju dan hanya berseluar pendek merah itu, duduk di atas bangku menutup kedua-dua belah telinganya, sebelum menggunakan sebatang kayu dinyalakan dengan api untuk membakar seluruh rambutnya.

Rambut yang dibakar pula ditenangkan dengan hanya menepuk-nepuk tanpa rasa takut atau gelisah.

Menurut beberapa blog dan portal kecantikan, rawatan menggunting dan menggayakan rambut menggunakan api sememangnya sudah wujud di negara Latin Amerika seperti Brazil dan Amerika Syarikat.

Ia dinamakan “candle cutting” di mana penggaya menggunakan api daripada lilin bagi masalah berkaitan rambut berbelah, kusam dan kering.

Bagaimanapun kaedah ini dipersoal jikalau benar-benar efektif, sekadar kecantikan sementara ataupun boleh merosakkan folikel rambut berkenaan.