Bapa Cina, ibu Filipina, Ratu Belgium terima kecaman rasis

Angeline-Flor-Pua-ratu-belgiumfmt-ohsem-inside-article1Isu perkauman boleh berlaku di mana-mana dan kepada sesiapa sekalipun. Baru-baru ini, Ratu Belgium pula menjadi mangsa.

Angeline Flor Pua, mempunyai darah Cina daripada bapanya dan Filipina daripada ibunya dan beliau dilahirkan di bandar Antwerp, Belgium, iaitu lokasi ibu bapanya bertemu dan mendirikan keluarga.

Kemenangannya sebagai “Miss Antwerp” pada September lalu, membuka jalan baginya bersaing pada pertandingan Miss Belgium dan memenangi pertandingan itu.

Angeline bagaimanapun menerima pelbagai mesej berunsur perkauman di laman sosial berkenaan identiti dan kelayakannya memenangi pertandingan mewakili Belgium.

Dia yang berusia 22 tahun, bakal juruterbang dalam saat sedang menikmati detik kegembiraan terpaksa melayan kebencian orang ramai yang mempersoalkan kewarganegaraan dan kelayakannya mewakili Belgium.

Angeline Flor Pua.
Angeline Flor Pua.

“Saya tidak pernah membesar dan terpaksa berdepan isu perkauman. Semua komen negatif yang diterima sekarang benar-benar mengejutkan,” katanya pada wawancara temubual dengan BBC.

Mengakui ia perkara yang menyakitkan, Angelina berkata beliau bersedia menunjukkan dokumen pengenalan diri dan sijil kelahiran bagi membuktikan beliau warganegara Belgium.

Di sebalik persoalan dan kecaman, Angelina turut menerima sokongan dan komen membina daripada sebahagian lagi orang ramai.

“Perkauman adalah subjek yang sangat sensitif. Ia bukan sahaja di Belgium, saya percaya ia berlaku di seluruh dunia,” petik katanya.

Jelasnya, kecaman itu tidak sama sekali menjatuhkannya, malah beliau bangga dengan dirinya dan asal-usulnya.

Kemenangan Angelina membolehkannya mewakili Belgium ke Miss Universe dan Miss World akhir tahun ini.