‘Petugas trafik’ awam Jakarta bantu lerai kesesakan

orangtrafik2

fmt-ohsem-inside-article1Jakarta, kota raya yang mempunyai penduduk lebih 10.7 juta orang pastinya berdepan dengan pelbagai isu berkaitan keselamatan dan urusan kawalan lalu lintas yang bukan mudah untuk diuruskan.

Namun, peranan anggota pengawal keselamatan dan “petugas trafik” ternyata begitu terserlah dalam membantu menangani lalu lintas yang luar biasa sesak di kota yang pernah dipanggil sebagai Batavia itu.

Hampir di setiap persimpangan dan laluan pusingan ‘U’, akan terlihat ‘petugas trafik’ ini mengawal lalu lintas, membantu pemandu untuk membuat pusingan ‘U’ atau memasuki persimpangan jalan. Tanpa kehadiran mereka, pemandu mungkin terpaksa menunggu berjam-jam lama untuk membuat pusingan U atau memasuki simpang

Bagaimanapun, petugas trafik ini bukanlah anggota polis trafik. Mereka adalah orang awam yang menjadikan kerja mengendalikan trafik di kota raya yang sesak ini sebagai punca pendapatan bergantung kepada sumbangan ikhlas para pemandu kenderaan.

“Petugas trafik”, Saiefudin, 27, berkata dia memperolehi pendapatan hingga Rp150 ribu (RM45) sehari.

“Pendapatannya bergantung kepada sifat pemurah pemandu. Kebiasaanya saya kerja pagi sehingga petang di jalan-jalan tertentu yang macet (sesak),” katanya.

Menurut laporan Badan Pusat Statistik Indonesia (BPS) sejumlah 13.9 juta kenderaan 2 roda dan 5.5 juta kenderaan 4 roda didaftar di kota metropolitan itu.

Selain ‘petugas trafik’, pengawal keselamatan di setiap bangunan, gedung atau premis di Jakarta juga turut melaksanakan tugas sebagai “petugas trafik” bagi memastikan pergerakan kenderaan keluar masuk ke premisyang dikawal mereka, lancar.

Senario ‘petugas trafik’ menahan kenderaan di laluan utama bagi membolehkan kenderaan tertentu memasuki persimpangan atau membuat pusingan “U”, bukanlah sesuatu yang luar biasa di Jakarta.

Berdasarkan data Persatuan Satpam Seluruh Indonesia (PSSI), pada tahun 2016, terdapat lebih 463 ribu pegawal keselamatan di Indonesia, melebihi jumlah anggota polis Indonesia yang seramai 430 ribu orang.

Peranan petugas trafik dan pengawal keselamatan ini di ibu kota Jakarta banyak membantu melancarkanaliran trafik Jakarta. Pengguna jalan raya kota Jakarta pasti menghargai sumbangan petugas trafik dan pengawalkeselamatan ini. Tanpa mereka bertambah macetlah jalan-jalan di ibu negara Indonesia itu.