38 tahun jual mi goreng mamak kegemaran ramai

meegoreng

fmt-ohsem-inside-article1Mencari mi goreng mamak yang sedap?

Singgah Makan Ohsem ingin berkongsi mi goreng mamak yang terkenal di pasar malam kawasan Shah Alam Seksyen 17, Padang Jawa, Pelabuhan Klang, Puchong Indah dan Puchong Batu 14.

Entahlah, kalau bertahan berniaga hampir 4 dekad atau lebih tepat 38 tahun menjual 200 bungkus sehari, memang ‘power’lah.

Uncle Andy yang sudah mencapai usia 70 tahun, tangannya seperti menari-nari di atas kuali. Semua bahan mentah main campak, cara memasak yang sama tetapi Mi Goreng Anak Malaysia ini ternyata ada kelainan.

Aktiviti memasak bermula seawal pukul 4.00 petang hingga 10.00 malam, 5 hari di 5 lokasi pasar malam yang berbeza, Uncle Andy dibantu anaknya Nathan menjual mi goreng pada harga RM4.50 sebungkus dan RM5.50 bagi mi goreng special!

Pelanggannya terdiri daripada semua lapisan masyarakat dan Uncle Andy akui komitmen untuk menyediakan mi goreng terbaik rahsianya terletak pada penggunaan bahan-bahan segar yang disediakan setiap hari dengan mi yang berkualiti.

Jom jenguk sikit cara Uncle Andy sediakan Mi Goreng Anak Malaysia ini!