Saya bukan plastik, kata pelakon Lafazkan Kalimah Cinta

Nadiyah-Shahabfmt-ohsem-inside-article1Berwajah cantik, bermata galak dengan kulit muka mulus, Nadiyah Shahab bukanlah nama asing dalam kalangan pencinta hiburan tempatan mahupun pengikut laman sosial.

Namun, kejelitaannya dipersoal apabila ada pihak yang mendakwa ia hasil pembedahan plastik, menjadikan Nadiyah seolah-olah jelmaan patung Barbie hidup.

“Saya tidak akan layan mana-mana persoalan mengenai raut wajah saya, sama ada asli atau sebaliknya.

“Semuanya asli dan ‘bukan plastik’ seperti dakwaan sesetengah orang,” jelasnya kepada Mingguan Malay­sia.

Nadia adalah pelakon kelahiran Singapura yang membintangi beberapa drama televisyen tempatan seperti En Suami Mat Salih Celup, Mr Hijab dan terbaru, Lafazkan Kalimah Cinta, sebagai watak jahat.

Sebelum berlakon, Nadiyah mengacara rancangan travel, “Lost At Sea” yang membawa penonton berjelajah ke beberapa bandar dan destinasi utama di Myanmar, Filipina, Kemboja, Jogjakarta, Sulawesi di Indonesia dan Sarawak.

Wanita berusia 26 tahun ini berterima kasih kerana darahnya yang berkacukan Arab-Jawa yang menyumbang kepada ciri wajah menyerlah itu.

“Hanya kerana wajah saya kelihatan seperti seorang usahawan kosmetik tertentu, saya didakwa mengubah wajah asli. Padahal perkara itu tidak pernah wujud sama sekali,” katanya yang juga akui bukan beliau jenis wanita yang suka bersolek sepanjang masa.

Nadiyah yang tinggal di Singapura dan sedang mengikuti pengajian undang-undang di University of London mengaku letih dengan perjalanan 5 jam kereta apabila terpaksa berulang-alik ke KL.

Bagaimanapun ia dijangka berakhir selepas wanita muda ini dijangka mengikat tali perkahwinan dengan pelakon yang juga rakan karibnya, Ben Ali tahun ini.