Thanabalan minta bantuan carikan kereta hilang

thanabalanfmt-ohsem-inside-article1Pemain bola sepak negara bawah 23 tahun, N Thanabalan berkongsi sekeping gambar dan memuatnaik status meminta bantuan mencari kereta miliknya yang hilang ketika dia sedang merayakan Thaipusam.

Dalam gambar yang dimuatnaik pada 1 Februari itu, Thanabalan menunjukkan gambar Proton Iswara biru dengan plat nombor TQ 5198 yang dikatakan hilang sekitar jam 5.00 pagi pada 31 Januari ketika beliau berada di pusat ibadat untuk menunaikan sembahyang.

“Jika ada yang melihat kereta ini, beritahu saya,” tulis penyerang yang bermain untuk Negeri Sembilan dalam Liga M itu.

Dalam satu lagi status terbaru, beliau akui keretanya masih belum dijumpai dan berita mengenai ia sudah dijumpai palsu.

“Kawan-kawan, ada pesanan suara menyatakan saya sudah menemui kereta. Ia tidak benar! Saya belum temui kereta saya lagi… dan jika saya menemuinya, saya akan kemaskini berita itu di Facebook… Sehingga itu, apa-apa berita mengenainya hanya khabar angin. Terima kasih,” tulisnya.