Pertandingan ratu cantik gempar, lelaki dedah jantina di acara final

Pertandingan-ratu-cantik-gempar-lelaki-dedah-jantina-di-acara-finalfmt-ohsem-inside-article1Selepas berbahas dengan rakan mengenai kecantikan, seorang lelaki menyertai pertandingan ratu cantik di Kazakhstan dan berjaya sehingga ke acara final.

Namun, lelaki itu, Illay Dyagilev, 22, yang mengambil keputusan mendedahkan identiti dirinya mengaku menipu mengenai jantinanya untuk menyertai pertandingan yang disertai lebih 4,000 wanita.

Menurut laporan Daily Mirror, Illay membuat pengakuan itu sekali gus berjaya memperdaya penganjur serta pengundi dalam talian Miss Virtual Kazakhstan.

“Saya bersama rakan berbahas sesama kami mengenai kecantikan adalah sesuatu yang semula jadi dan bukannya disebabkan solekan. Perbahasan itu mencetuskan niat saya untuk menyertai pertandingan ini,” katanya.

“Saya selalu menjadi juara dalam kecantikan semulajadi. Anda boleh lihat kebanyakan wanita muda kelihatan serupa, begitu juga solekan dan gaya – dan percaya mereka nampak cantik jika mengikut trend.

“Saya tidak bersetuju,” tambah Illay yang juga seorang model lelaki.

Selepas membuat pengumuman tersebut di pusingan akhir, pihak penganjur yang terkejut terpaksa menyingkirkan Illay dengan kadar segera.

Tempatnya diganti dengan gadis bernama Aikerim Temirkhanova, 18, yang memperoleh 1,975 undian di belakang ‘Alina.’

Dalam pada itu, netizen di Kazakhstan sama sekali tidak menyokong perbuatan Illay malah mengecamnya sebagai memalukan negara mereka.