6 cara sediakan Milo, ‘the Mamak way’!

milo-tabur

fmt-ohsem-inside-article1Tak puaslah kalau tak pekena secawa Milo Ais kaw ketika sedang melepak di restoran mamak bersama rakan-rakan.

Rasa koko diserasikan dengan kemanisan susu pekat, ditambah pula dengan ketulan ais, pasti menjadi pilihan khususnya pada hari cuaca panas.

Tetapi lebih menarik minuman kegemaran semua ini bukan sahaja datang dalam satu resepi mudah, sebaliknya ada 5 lagi cara penyediaan yang menjadi pilihan paling umum di restoran atau gerai minuman.

FMT Ohsem baru sahaja melawat sebuah gerai minuman di SS2, Petaling Jaya untuk melihat kesemua 6 jenis penyediaan minuman Milo pilihan rakyat Malaysia itu.

Milo Ais
Harga: Sekitar RM4.00
Pilihan paling umum, dari kanak-kanak hinggalah dewasa, wajib kaw!

Milo O Ais
Harga: Sekitar RM3.80
Kalau nak kurang sikit rasa manis, tetapi tekak nak rasa juga kemanisan coklat, no problem, Milo O Ais kan ada!

Milo Tabur atau Milo Dinasor
Harga: Sekitar RM6.00
Bagi mereka yang suka Milo, bukan suka biasa tahap ‘kaw’ tetapi tahap ‘kaw kaw kaw’, jom pekena Milo Tabur!

Milo laici
Harga: Sekitar RM6.00
Macam mana rasanya kalau minum Milo dengan buah laici? Sebenarnya ini bukanlah kombinasi baru tetapi ini juga antara pilihan minuman Milo yang popular. Kalau tak pernah cuba, jom!

Milo panas
Harga: Sekitar RM3.00
Milo panas…. dari rumah hingga restoran mewah, memang pilihan yang sangat umum. Sesuai bagi mereka yang selalu ‘cool’.

Neslo
Harga: Sekitar RM3.50
Mocha cara murahlah katakan… Nescafe dicampurkan dengan Milo, sekali-sekala minuman kahwin campur seperti ini ada ‘kick’nya tersendiri.