China kerah askar tanam pokok meliputi kawasan sebesar Ireland

china-global-warming
China sedang berjuang habis-habisan menentang masalah pemanasan global dan pencemaran udara yang semakin genting.

fmt-ohsem-inside-article1Tahukah anda pemanasan global bakal menjadi ugutan tanpa penyelesaian kepada dunia jika ia tidak diawasi dan ditangani sekarang?

Mungkin kerajaan China sedar kepentingan menjaga persekitaran dan menangani masalah pemanasan global yang kian meragut kelestarian beberapa bandar utama negaranya sehingga mengarahkan lebih 60,000 askar supaya menanam pokok.

Ia rentetan usaha China pada awal bulan ini yang mengumumkan pembinaan bandar hutan pertama di dunia di mana semua bangunan diliputi dengan tumbuhan dan pokok bagi mengatasi masalah pencemaran udara dan pemanasan global yang semakin teruk.

Kini penggunaan askar dalam inisiatif terbaharu menjadi sebahagian daripada misi kerajaan mengatasi masalah sama.

Menurut laporan The Asia Times, China menyasarkan kawasan seluas 83,915 km persegi atau sama saiznya dengan Ireland untuk penanaman pokok baharu menjelang 2018.

Usaha melibatkan militari negara itu di wilayah Hebei di Beijing yang menjadi penyumbang utama masalah jerebu.

Selain askar, pihak polis juga ditugaskan di bahagian perhutanan yang baharu diwujudkan bagi meronda kawasan hutan terutama di banjaran Greater Khingan yang dianggap “paru-paru hijau China” di wilayah Heilongjiang dan Inner Mongolia.

Ketua Pentadbiran Perhutanan China, Zhang Jianlong juga berikrar untuk menanam sekurang-kurangnya 6.66 juta hektar hutan baharu pada tahun ini.

China berdepan pelbagai masalah alam sekitar dengan paling utama ialah pencemaran udara yang mendesak kerajaanya membina mesin penapisan udara yang besar di Beijing.

Sementara itu, bandar Hutan Liuzhou yang akan dilengkapi dengan pejabat, hotel, hospital dan sekolah yang hampir semua bangunan itu diliputi sejumlah 40,000 pokok dan 1 juta tumbuhan daripada 100 spesies sedang dalam pembinaan bakal menempatkan 30,000 penduduk apabila siap beberapa tahun lagi.