Lindsay Lohan bertudung di minggu fesyen London

Lindsay-Lohan

fmt-ohsem-inside-article1Cerita sepanjang minggu fesyen London belum habis lagi. Terbaharu mengenai pelakon “Mean Girls”, Lindsay Lohan yang hadir ke acara itu bertudung.

Lindsay pada majlis tahunan ke-2, Minggu Fesyen London Modest pada hujung minggu lalu kelihatan bertudung, berpakaian kemas dan menutup aurat.

Sebelum menghadiri acara fesyen, Lindsay memuat naik sebuah rakaman video di Instagram menunjukkan cara dia belajar memakai tudung dan meluahkan perasaannya untuk terus memakainya secara tradisional.

“Saya saya ia sepatutnya lebih ketat di bahagian belakang. Saya tidak mahu ia longgar dan mendedahkan terlalu banyak,” katanya kepada seorang wanita dalam video itu.

Wanita dalam video itu juga menasihatkan Lindsay supaya mengubah gaya pemakaiannya supaya ia lebih ketat tetapi pelakon itu enggan berbuat demikian kerana mahu kekalkan cara tradisional Saudi.

“Itu yang saya mahu belajar sekarang. Saya mahu belajar cara pemakaian yang sebenar,” katanya.

Lindsay juga memuat naik video pertunjukkan fesyen dan bercakap kepada BBC Minute mengenai berpakaian secara bersederhana.

“Fesyen tak semestinya mengenai berbogel tetapi boleh jadi lebih mencabar tetapi menawan, dengan wanita-wanita yang kuat di sebaliknya,” katanya.

Malah, dia juga mengakui memakai kosmetik halal pada majlis tersebut.

Pengedar kosmetik halal/vegetarian/vegan, HawaCosmetics dalam muat naik Facebook berkata Lohan berhenti di perhentian pondok kosmetik mereka sambil menyatakan pilihannya terhadap kosmetik halal.

Usaha Lindsay untuk menghormati tradisi Islam bagaimanapun menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ada yang tertawan dan ada yang mengecam.

Segelintir dilihat memarahi Lindsay kerana mempromosi tradisi yang dilihat menekan wanita menggunakan nama agama, apatah lagi ekoran protes besar-besaran wanita Iran terhadap pemakaian tudung secara paksa.

“Mengagumkan melihat wanita Barat memakai tudung sebagai simbol liberalisasi dan pemerkasaan sementara wanita di Iran pula mengalihkan tudung dari kepala sebagai protes kerana ia menekan kebebasan mereka,” tulis seorang pengguna Twitter.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=LDpwcE9ylZU