Lelaki separa bogel redah masuk gelanggang ais Olimpik

half-bogel
Lelaki tersebut berdiri di gelanggang ais sukan luncur ais Olimpik Musim Sejuk dengan skirt tutu yang lazimnya digunakan penari balet. (Gambar AFP)

fmt-ohsem-inside-article1Acara luncur ais 1,000m di Olimpik Musim Sejuk menjadi salah satu acara yang disudahi dengan kejadian tidak senonoh paling tidak dijangka.

Seorang lelaki masuk ke dalam gelanggang ais separa bogel, mengenakan tutu berwarna pink dan patung monyet di bahagian sulitnya.

Lelaki tidak dikenali itu masuk secara tiba-tiba ke gelanggang ais sebaik tamat acara, dengan lantas membuka pakaiannya, hanya memakai skirt tutu merah jambu dan menggantung patung monyet di bahagian tengah, dekat alat sulit.

Dengan perkataan “PEACE + LOVE” atau yang bermaksud “Keamanan + Cinta” tertera di dada, Robert cuba meluncur di atas ais dan mempamerkan dirinya namun jatuh sebelum bangun semula dan menyambung “pertunjukannya”.

Seluruh kejadian tersebut dirakam pengguna Instagram bernama, @mhj.kooij di Instagram.

Walaupun kabur, anda masih boleh menonton bagaimana lelaki itu masuk ke dalam gelanggang ais secara melulu, menanggalkan pakaian dalam beberapa saat, meluncur, jatuh dan bangun semula.

Beberapa portal antarabangsa mendakwa lelaki itu mungkin Mark Roberts yang terkenal dengan tindakan masuk melulu dalam sesuatu acara sama ada secara bogel, separa bogel dan dengan aksinya tersendiri.

Sebelum ini, Roberts pernah tampil berpakaian hanya tutu di hadapan penonton acara Super Bowl dan kejohanan bola sepak beberapa tahun dahulu.

Maka, portal-portal ini menyimpulkan kejadian itu sebagai salah satu kerja Robert yang lazimnya memberi alasan berbuat demikian sekadar untuk menggembirakan penonton atau mengusik mereka selepas ditahan pihak berkuasa.

“Saya suka melihat orang ramai ketawa apabila saya lakukan sesuatu yang bodoh atau menjadikannya bahan jenaka,” kata Roberts kepada The Guardian pada tahun 2015.