Lancar koleksi tudung di Zouk, Neelofa tak peduli kecaman

neelofar-be-lofa
Be Lofa ialah koleksi terbaru tudung Neelofa yang dilancarkan di kelab malam Zouk. (Gambar Facebook)

fmt-ohsem-inside-article1Satu lagi kontroversi menimpa ikon televisyen, Neelofa.

Kalau baru-baru ini pengacara popular dan usahawan terkenal, Neelofa disanjung atas penerimaan Anugerah Grandeur and Elegante Antarabangsa atas kejayaan mengemudi jenama Naelofar Hijab, hari ini lain pula ceritanya.

Neelofa yang juga pelakon sering dilanda kontroversi dan terbaru, beliau dikecam selepas mengadakan majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran ke-29 di sebuah kelab hiburan terkenal di ibu kota.

Menurut laporan BH Online, Neelofa berkata ia dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.

Namun susulan serangan di media sosial yang mempersoalkan pemilihan lokasi dan persembahan yang dibuat, Neelofa mengambil keputusan tidak mempedulikan kritikan tersebut.

“Saya buat keputusan tidak mempedulikan kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa dilakukan.

“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang 8 kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.

“Sampai bila pun tidak akan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” kata Neelofa seperti dipetik portal itu.

Pelancaran koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa dikatakan dilancarkan dengan kehadiran sahabat handai, keluarga terdekat dan media, dan dimeriahkan lagi dengan persembahan penyanyi rap, SonaOne serta kehadiran beberapa selebriti tempatan.

Sebelum ini Neelofa terpilih mewakili Malaysia untuk Program Delegasi Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan dijemput menjadi panel penceramah di Forum Belia Misk-UNDP 2017 di New York, Amerika Syarikat.

Neelofa juga pernah diberi penghormatan sebagai tetamu penting bagi majlis Swarovski Crystal Wonderland Party sempena Minggu Fesyen Milan di Milan, Itali pada 21 September lalu.

Neelofa #BeLofabyNH

Meriah betul majlis pelancaran koleksi tudung baru Neelofa malam ni

Kredit: Rotikaya