Ibu Neelofa turut dikecam selepas kongsi Be Lofa terjual dalam 2 minit

neelofa1
Video InstaStory yang dikongsi ibu Neelofa, Noor Kartini bagaimanapun sudah terpadam.

fmt-ohsem-inside-article1

Selepas si anak, pengacara dan pelakon Noor Neelofa dikecam, hari ini giliran ibunya pula.

Semalam kecoh di laman sosial dan akhbar tempatan mengenai acara pelancaran tudung Be Lofa di sebuah kelab malam terkemuka negara dan reaksi Neelofa yang tidak menunjukkan sebarang kekesalan.

Terbaharu ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed berkongsi InstaStory menyatakan koleksi tudung Be Lofa by Naelofar Hijab habis dijual hanya dalam masa 2 minit dalam nada penuh keterujaaan.

“Ini team pos online. Alhamdulillah online turban dan shawl sold out! Terima kasih semua tenaga kerja yang sangat bagus. Esok semua akan terima turban shawl yang dibeli online harini.

WhatsApp Image 2018-02-28 at 1.31.40 PM
Rakam layar InstaStory Neelofa menunjukkan semua koleksi turban Be Lofa habis dijual.

“Team semua tengah bertungkus lumus, nanti kita belanja ya makan dekat hotel, takkan tak belanja dua minit sold out kot?” katanya dalam InstaStory itu.

Bagaimanapuan, video InstaStory itu sudah terpadam secara automatik selepas 24 jam dimuat naik.

Menurut laporan beberapa portal, turban Be Lofa dijual pada harga RM73(SM) dan RM75(SS) dengan lebih 51 pilihan warna.

Kalau nak tahu rupa turban tersebut anda boleh meilhatnya dalam drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari di mana Neelofa sendiri memakainya ataupun poster yang menunjukkan Neelofa dan Zul Ariffin menjelikkan lidah sesama mereka.

Menurut laman web Naelofar Hijab, semua koleksi itu memang disahkan habis terjual.

Namun perkongsian ibunya terus dikecam kerana dikatakan tidak menasihati anaknya yang membuat acara itu di kelab malam malah menyambut jualan tersebut.

Bagaimanapun, beliau langsung tidak mengedahkan mana-mana reaksi netizen.