Guna tudung, turban, jenama Gucci dikecam

turban-gucci-2
Model memperaga turban dan tudung sama ada berasingan atau dengan kombinasi. (Gambar Vogue)

fmt-ohsem-inside-article1Gucci tampil di Minggu Fesyen Milan menggunakan tudung, purdah dan turban sebagai sebahagian daripada produk pertunjukannya baru-baru ini tetapi jenama tersebut dikecam kerana disifatkan tidak sensitif dan mempermainkan agama, budaya serta kepercayaan.

Gucci membariskan model mendukung patung naga, skulptur kepala sendiri tetapi apa yang menarik perhatian pengguna laman sosial ialah penggunaan tudung dan turban.

“Pengarah kreatif Gucci, Alessandro Michele berkata seluruh pertunjukkan itu diilhamkan daripada acara Donna Haraway’s 1984 berkenaan ‘A Cyborg Manifesto’, yang menempelak idea meletakkan sempadan dalam kalangan manusia, haiwan dan mesin,” petik laporan HuffPost UK.

Namun konsep itu menarik kritikan dan kecaman khususnya daripada masyarakat media sosial beragama Islam dan berbangsa India dunia.

Pengguna Twitter, Jamani, berkata, “Budaya kami bukan pakaian anda, biar saya jelaskan perkara itu kepada anda,” tulisnya.

turban-gucci-1
Gucci digesa memahami sensitiviti agama dan kepercayaan sebelum tampil dengan sebarang konsep dan idea. (Gambar Vogue)

Netizen menunjukkan ketidakpuasan dan kemarahan selepas jenama itu menggunakan simbol kebudayaan dan kepercayaan agama ke atas model kulit putih untuk diperaga.

Pada satu temubual dengan HuffPost UK, seorang wartawan dari Amaliah, sebuah portal mewakili wanita Islam, Lamisa Khan, menjelaskan sebab orang ramai terkesan dengan pertunjukkan itu.

turban-gucci-gd-ms-1
Tangkap layar komen dan kritikan netizen terhadap penggunaan tudung dan turban oleh Gucci. (Gambar Twitter)

“Penampilan menggunakan turban itu satu bentuk sindiran, termasuklah penggunaan bindi. Ia bukan lagi dilakukan secara tidak sengaja. Ia seolah-olah dilakukan untuk mencari perhatian,” katanya.

“Bayangkan membesar dalam sindiran atau ejekan kerana mengenakan inai, tudung, turban atau bindi dan perkara ysama diangkat sebagai fesyen di pentas peragaan supaya diterima dalam konteks fesyen… mengabaikan kepentingan kebudayaan semata-mata atas nama fesyen,” tambahnya.

Khan bukan satu-satunya yang mengutuk idea tersebut tetapi ia disertai netizen seluruh dunia.