Jawatan pengurus tandas awam di China perlukan ijazah

penjaga-tandas-bersih
Tandas di China sedang diperbaiki dan dikemas kini dengan elemen baharu dan mesra pengguna. (Gambar Shanghaiist)

fmt-ohsem-inside-article1Memang satu dunia hadapi masalah ekonomi, kesannya bukan hanya dari segi kewangan tetapi juga sosial. Ia termasuk masalah memperoleh pekerjaan dengan gaji baik.

Makin lama makin tinggi permintaan pihak majikan, kalau dulu cukup setakat sijil sekolah, sekarang kena ada diploma atau ijazah.

Di sebuah bandar di wilayah Wuhan, China, misalnya, tawaran kerja jawatan pengurus tandas awam memerlukan ijazah.

Iklan jawatan kosong yang dikongsi secara talian oleh pihak berkuasa bandar Hongshan mengejutkan orang ramai apabila jawatan pengurus tandas itu terbuka kepada pemohon tidak melebihi usia 30 tahun dengan kelayakan akademik iaitu ijazah.

penjaga-tandas-bersih-gd-1
Iklan jawatan kosong untuk pengurus tandas awam pada awalnya menerima reaksi bercampur daripada netizen. (Gambar Shanghaiist)

Menurut laporan CQBC yang dialih bahasa oleh Shanghaiist, netizen mempersoal kelayakan akademik tinggi untuk jawatan tersebut.

“Jika anda tidak belajar bersungguh-sungguh, anda tidak layak walaupun untuk mengurus tandas awam,” kata seorang netizen.

Seorang lagi netizen berkata jika jawatan pengurus tandas memerlukan ijazah maka penyelia tandas pula perlukan ijazah lanjutan.

Jawatankuasa Pengurusan Urban Bandar Raya Hongshan bagaimanapun akui jawatan itu bukan sekadar mengurus tandas tetapi turut melibatkan tugas tadbir melibatkan tandas awam bandar tersebut.

Ia menunjukkan tahap kepentingan yang diberikan pejabat pengurusan wilayah itu terhadap penjagaan kemudahan tandas awam.

Jelas kenyataan itu lagi, ia inisiatif pihak pengurusan untuk memperbaiki dan mengubahsuai tandas-tandas lama yang tidak boleh digunakan.

Nampaknya, sekurang-kurangnya bandar tersebut agak serius dalam memastikan rakyatnya memperoleh tandas awam yang dijaga sebaiknya, satu langkah yang harus dipuji.