Maya Natasha wakili Malaysia di Ratu Cantik Patung 2018

Che-Mahsuri-Puteh-adalah-wakil-ratu-patung-pada-2017
Che Mahsuri Puteh adalah wakil ratu patung pada 2017. (Gambar Facebook)

fmt-ohsem-inside-article1Sama seperti Ratu Dunia atau kebangsaan yang diwakili wanita cantik, kita juga digegarkan dengan pertandingan Ratu Cantik Patung.

Pertandingan ini dibarisi patung-patung yang kelihatan seperti ratu cantik, dengan potongan badan yang sempurna dan ciri wajah yang mantap dan menawan.

Diadakan sejak 2007, Malaysia juga tidak ketinggalan menyertai pertandingan yang bakal membawa pulang tiara bernilai AS$1,000 kepada patung negara pemenang.

Jadi adakah anda bersedia mengetahui lebih lanjut mengenai ratu patung Malaysia tahun ini?

Maya-Natasha-yang-memiliki-ciri-wajah-sempurna-dengan-rambut-ikal-mayang-dijangka-membawa-pulang-tiara
Maya Natasha yang memiliki ciri wajah sempurna dengan rambut ikal mayang dijangka membawa pulang tiara bernilai AS$1,000 kelak. (Gambar Facebook)

Ratu patung yang akan mewakili Malaysia pada pertandingan 2018 adalah patung yang bernama Maya Natasha berusia 22 tahun, seorang gadis berdarah Baba Nyonya dari Melaka.

Menurut maklumat yang dikongsi laman Facebook dipercayai milik pengendali Ratu Cantik Patung Malaysia (Miss Beauty Doll Malaysia), Maya dibesarkan di Kuala Lumpur dan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang rekaan barang kemas.

Pada masa terluang, dia suka melancong dan mempunyai minat mendalam dalam bidang fesyen.

Muat naik status laman itu pada 1 Februari menyatakan, “Buat pengetahuan anda semua, Maya akan mewakili Malaysia di dalam pertandingan Miss Beauty Doll 2018. Maya berharap sangat anda semua akan menyokong dan memberi kata kata semangat buat Maya. Maya berjanji akan memberi yang terbaik buat anda semua!

“Mentor Maya, Sophie akan memberi tunjuk ajar agar kita boleh mendapatkan crown MBD sekali lagi.”

Malah patung Maya turut memiliki penata gaya dan konsep iaitu Louie Leong.

Menjadikannya satu lagi ikon negara, Maya dikatakan akan memperagakan 2 jenis pakaian, termasuk pakaian kebangsaan. Memandangkan Maya berketurunan Baba Nyonya, maka ia akan disalinkan dengan baju kebaya songket hijau dengan aksesori, tidak ketinggalan gaya rambut serta pasangan kasut yang secocok.

Turut diuar-uarkan latar belakang warisan budaya Baba Nyonya Melaka yang berasal dari asimilasi budaya antara pendatang China dan masyarakat tempatan pada kurun ke 13 hingga 14, gaya hidup mereka, makanan tradisional dan cara berpakaian turut diperagakan sepanjang memperagakan Maya di atas pentas kelak.

Buat masa ini, kira-kira 26 negara dikatakan sudahpun mendaftar untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik patung antaranya, India, Indonesia, Filipina, Thailand, Finland, Perancis, Jerman, Rusia, Sepanyol, Mexico, Brazil, Panama, Venezuela, USA dan sebagainya.

Sophie-Roland-patung-yang-pernah-menjuarai-pertandingan-Ratu-Cantik-Patung-pada-2015
Wakil Malaysia, Sophie Roland, patung yang pernah menjuarai pertandingan Ratu Cantik Patung pada 2015. (Gambar Facebook)

Malaysia pernah memenangi ratu cantik ini pada 2015 apabila mewakilkan patung bernama Sophie Roland, dan di kedudukan 14 terbaik pada 2016 bagi patung Tantiana Louisa.

Tahun lalu, patung bernama Che Mahsuri Puteh mewakili Malaysia.