Mesej bapa 6 anak kepada wanita tak dikenali bawa keajaiban

mandi-milller-1
Rakam layar perbualan Sydney kepada Tony yang dikongsi oleh Mandi dalam laman Twitternya.

fmt-ohsem-inside-article1Respon seorang lelaki kepada wanita yang tersalah menghantar mesej bergambar menerusi aplikasi WhatsApp membawa kepada keajaiban.

Semuanya bermula apabila wanita yang dikenali Sydney secara tidak sengaja menghantar 3 keping gambarnya memakai dress kepada nombor telefon yang salah, milik Tony yang disangka rakannya.

Bagaimanapun Tony, bapa kepada 6 anak yang tinggal di Tennessee, Amerika Syarikat membalas dengan berkata salah satu dress yang dicubanya sangat cantik dan menyarankan memilihnya.

“Saya yakin mesej ini sepatutnya dihantar kepada orang lain. Isteri saya tiada di rumah, jadi saya tak boleh tanya pendapatnya, bagaimanapun anak-anak saya merasakan kamu nampak sangat cantik dalam pakaian ini! Kamu mesti pilih yang ini!”

mandi-milller-gd-3
Gambar ini menunjukkan anak-anak Tony yang menunjukkan tanda bagus kepada dress yang dipakai oleh Sydney.

Bukan itu sahaja, dia juga menyertakan gambar 5 anaknya menunjukkan tanda “bagus” dalam mesej balas kepada Sydney, lapor The Independent.

Ia tidak terhenti di situ sahaja, rakan Sydney, Mandi yang mendapati mesej tersebut sebagai sangat comel dan telus berkongsi rakam layar perbualan itu di Twitternya.

“Syd tak sengaja menghantar gambar pakaiannya kepada nombor yang salah dan ini yang dibalas mereka,” tulis Mandi yang menerima 175,000 tweet dan 700,000 “like”.

Twitter itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Tony yang turut membalasnya dengan menyatakan bagaimana ia menjadikan anaknya popular.

Dia juga menulis mengenai seorang anaknya yang tiada dalam gambar itu kerana sedang mendapatkan rawatan untuk penyakit leukimia.

mandi-milller-gd-2
Dana GoFundMe Kaizler yang menghidapi leukimia menerima sumbangan yang tidak dijangka selepas Tony membalas mesej Sydney secara telus dengan niat baik.

“Sebenarnya, anak saya yang ke-2 terakhir (tiada dalam gambar, berada di hospital) berjuang dengan leukemia. Salah seorang pengikut halaman dana anak saya mengenal pasti gambar ini dan memberitahu kepada saya. Apa-apa pun isteri saya setuju gaun itu nampak cantik!” tulisnya.

Pengakuan mengenai anaknya pesakit leukimia menarik perhatian seorang pengguna Twitter yang menjejak laman GoFundMe keluarga itu.

Ia mendedahkan keluarga itu sedang berusaha mengumpul dana untuk rawatan anak mereka Kaizler.

“Harap ada keajaiban di Twitter. Di bawah ini adalah pautan GoFundMe untuk rawatan leukemia Kaizler,” tulis netizen yang berkongsi pautan dana tersebut dengan harapan ia membawa balasan baik.

Halaman GoFundMe yang diwujudkan 2 tahun lalu untuk mengutip AS$10,000 tidak pernah dicapai tiba-tiba memperoleh AS$30,567 selepas dipopularkan oleh netizen dan perkongsian Mandi.