Pelajar dedah guru matematik bintang porno

Lelaki ini mengggunakan nama panggilan Aaron Cage sepanjang penglibatannya mengajar di sekolah.

Pelajar di sebuah sekolah menengah terkejut selepas mendapat tahu guru matematik mereka adalah bintang filem lucah ekstrem.

Guru berusia 50 tahun, menggunakan nama panggilan Aaron Cage yang mengajar di timur Sussex, England merupakan warga Australia yang berlakon dalam beberapa filem porno keluaran syarikat perfileman Amerika Syarikat.

Pendedahan itu dibuat pelajar Sekolah Komuniti Peacehaven, di timur Sussex apabila mereka cuba mengesan identiti guru menggunakan nama sebenarnya di laman carian Google.

Sekolah itu mempunyai kira-kira 850 pelajar yang berusia di antara 11 hingga 16 tahun.

Mereka terkejut melihat penglibatan Aaron dalam filem lucah sejak 8 tahun lalu dan dalam masa sama turut mengajar.

Seorang pelajar perempuan memuat naik status, “Lelaki itu adalah guru matematik saya. Saya takut,” dalam video Aaron Cage di YouTube, petik portal Mirror.uk.

Manakala selepas isu ini dikongsi secara meluas termasuk gambarnya, ibu bapa pelajar mula menunjukkan ketidakselesaan dan cuba menghubungi pihak sekolah untuk penjelasan.

Sekolah berkenaan masih belum memberi sebarang keterangan, malah guru terbabit pula tidak menghadiri sekolah sejak berita tersebut didedahkan.

Dalam satu temuramah, guru itu pernah berkata: “Porno tidak boleh dilihat sebagai kerja. Kita lupa diri kita sedang dirakam di hadapan kamera dan mula menghayati setiap detik bersama pasangan. Ia sudah tidak lagi professional.”

Aaron memulakan kerjayanya di sekolah itu sebagai guru sambilan dan diserap menjadi guru sepenuh masa tahun lalu.

Selain mengajar, Aaron juga menjadi mentor dan tutor kepada pelajar di Tahun 10.

Dia yang memperoleh ijazah matematik di University of Sussex pernah bertugas sebagai pelatih peribadi dan membantu pelajar dalam mata pelajaran fizikal di Sekolah Rendah Rodmell di Lewes selama 2 tahun sejak 2012.