Diet yang dijamin tak berguna

Memiliki tubuh badan ideal menjadi impian setiap individu. Oleh itu, kita melakukan palbagai aktiviti termasuk penjagaan makanan atau pengamalan diet yang pelbagai.

Namun, bukan semua diet berhasil. Ramai kurang sedar dengan amalan diet tertentu kemudian menyalahkan ia tidak berhasil. Sedangkan ia bukan sahaja tidak berhasil tetapi boleh memudaratkan kesihatan.

1. Diet detoks
Diet ini diamalkan kononnya untuk menyingkirkan jenis makan tertentu dengan tujuan mengelak toksin. Menurut Huffington Post, tubuh kita sendiri sudah dirancang untuk membersihkan toksik atau bahan kimia berpotensi membahayakan tubuh. Organ seperti hati, ginjal, paru-paru dan saluran pencernaan melakukan tugas tersebut dengan baik. Sekiranya gagal, anda kena berjumpa dengan doktor segera.

Diet detoks boleh membahayakan kerana sifatnya yang menghindari jenis makanan tertentu sehingga kita mengelak makanan yang lazim kita ambil. Kesannya kita mungkin berasa cepat letih dan tidak berupaya tetapi berat badan tidak semestinya berkurangan.

2. Diet rendah kalori
Mungkin kita terfikir diet rendah kalori membolehkan berat badan susut segera. Padahal kalori terlalu sedikit menyebabkan penurunan berat badan drastik yang boleh membahayakan. Sebaliknya dengan mengurangkan kalori, tubuh akan memberi “isyarat” anda berhadapan kelaparan. Hasilnya, tubuh akan mula melambatkan metabolisme untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Apabila kalori sedia ada habis, tubuh akan memusnahkan lemak dan otot untuk digunakan sebagai bahan bakar. Semua ini boleh merosakkan badan selain jisim otot hilang sekali gus melambatkan keupayaan tubuh membakar kalori kerana otot membakar lebih banyak kalori daripada lemak.
Oleh itu, diet sangat rendah kalori tidak berkesan dalam penurunan berat badan jangka panjang. Ambil sumber makanan berprotein dan beberapa karbohidrat yang sihat untuk mendapatkan tahap kalori tepat.

3. Diet sup
Banyak diet menggunakan prinsip sekadar minum sup. Ia dilakukan dengan hanya minum sup seperti sup jagung, sup ayam, sup kubis, sup lobak merah dan sebagainya. Tetapi ingat, anda kena berhati-hati dengan penurunan berat badan yang cepat. WebMD menyatakan makanan dari pelbagai sumber penting untuk mendapatkan nutrien secukupnya.

Pengarang The Flavor of Diet dari Universiti Yale, David Katz berpendapat diet jenis ini hanya berfungsi pada hari-hari awal dan tidak akan bertahan lama. Kita akan merasa bosan dengan makan makanan yang sama setiap hari, akibatnya kita akan kembali kepada tingkah laku sebelum berdiet.

4. Diet sangat rendah lemak
Sekali lagi, diet yang sangat rendah lemak juga berkesan untuk menurunkan berat badan tetapi bagaimana dengan kesihatan? Beberapa penyelidikan menyatakan diet ini juga tidak berkesan. Alasannya, ia menyebabkan seseorang kehilangan lemak haiwan, kita tergerak untuk meningkatkan pengambilan minyak sayur-sayuran. Kajian menunjukkan pengambilan minyak sayur boleh menyebabkan keradangan dan peningkatan risiko penyakit jantung. Lemak adalah salah satu nutrien diperlukan tubuh jadi ia masih diperlukan dalam menu setiap hari. Pilih lemak baik, seperti lemak tak tepu dan asid lemak omega-3, seperti terkandung dalam kekacang dan ikan.