Trend tudung raya 2018 seperti hantu pocong

Fesyen Muslimah semakin di luar jangkaan apabila seorang pereka tampil dengan pengayaan tudung bawal pelik namun menjadi trend.

Perancang perkahwinan yang menggunakan nama, Azzim Aziz dalam laman Facebooknya memperkenalkan pemakaian tudung bawal yang didakwa netizen kelihatan seperti pocong.

“Hi semua koleksi bawal 2k18 by Azzim Aziz dah keluar ualsss ….
Bawal Pocong By Azzim Aziz koleksi Raya 2018 …
Mana tau kan nak ubah style tahun ni dengan bawal pocong by AA …
Berminat boleh pm whtssp kami 0195192920 ..” tulisnya pada status yang bersertakan gambar model memakai tudung bawal ikatan pocong.

Model wanitanya pula disolek menggunakan teknik solekan yang memberi penekanan kepada mata iaitu berkening gelap, bulu mata lebat, berkanta lekap kelabu muda selain gincu merah hati.

Ia sememangnya memberi “feel” hantu pocong walaupun diuar-uarkan sebagai trend Hari Raya 2018 ini.

Mereka yang tidak sedar atau peka dengan fesyen tudung trend pocong ini harus diberitahu awal-awal supaya tak kena serangan jantung.

Ramai netizen memberi reaksi kepada fesyen yang dianggap tidak menepati hukum syariah selain menakutkan itu.

Ada yang menyoal jika mereka yang beria-ria mengenakan tudung bawal pocong tidak sabar menunggu menjadi mayat.

Tidak ketinggalan yang menyampaikan hasrat mencubanya pada hari raya nanti.