Michael Ang reka baju ’60kg ke atas’

Isu seorang penggaya dan pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain nampaknya masih belum reda.

Selepas kena “basuh” dengan artis tempatan, khususnya yang pernah bersaiz “lebih 60kg”, kini giliran pengarah, Michael Ang pula.

Bagaimanapun Michael Ang mengambil pendekatan berbeza apabila baru-baru ini tampil dengan rekaan baju Melayu sempena sambutan 1 Syawal nanti.

Menariknya, pengarah Hero Seorang Mr Cinderella itu tampil dengan rekaan pakaian bagi mereka yang berbadan besar menerusi koleksi raya untuk Starvilion Lebaran 2018.

“Ambik kau! I guarantee u all semua yang atas catwalk tu lebih dari 60kg! @starvilion #starvilionlebaran2018 jgn lupa beli baju melayu I sekarang ok! Selamat Hari raya! Luv u all! Peace!” tulisnya dalam klip video status muat naik Instagram.

Usaha baru beliau juga menerima respon baik dari netizen yang rata-rata masih tidak puas hati dengan komen ”60kg ke atas” Zaihani.

Ini bukanlah kali pertama Michael Ang tampil dengan rakaan baru, tahun lepas beliau perkenalkan baju kurta untuk kaum lelaki sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.