9 juta pengikut Twitter ‘unfollow’ selepas sokong Trump

Memuat naik sekeping gambar foto topinya yang tertulis “Make America Great Again”, suami Kim Kardashian yang juga penyanyi rap kulit hitam, Kanye West hilang 9 juta pengikut Twitter dalam 24 jam.

Kanye West jelas menyokong Trump berbanding Obama, baru-baru ini berkongsi semula 40 siri Tweet oleh Trump termasuk gambar topinya yang ditandatangani Presiden Amerika itu.

Ekoran itu, ramai pengikut menyampaikan rasa tidak puas hati dan seorang pengikut menyedari dan menulis mengenai kekurangan besar bilangan pengikut di dalam akaun Twitternya.

Kanye mempunyai kira-kira 27.8 juta pengikut Twitter yang kini berkurangan kepada 18.6 juta.

Dalam catatannya, Kanye menggelar Trump sebagai “abang” dan menyatakan kedua-dua mereka mempunyai tenaga seperti naga.

Kim Kardashian juga menyokong tindakan suaminya selepas dikecam teruk dengan mengakui Kanye sebagai seorang yang terus-terang.