7 sebab generasi millennial lemah dari segi mental

Tahukah anda wujud perbezaan ketara dalam kalangan generasi masa kini mengendalikan kehidupan dan generasi-generasi terdahulu? Walaupun generasi terdahulu sering diketepikan kerana tidak cukup ilmu teknologi, tidak setara dengan kemajuan sains mahupun tidak menepati citarasa muda-mudi tetapi mereka sebenarnya lebih kuat dari segi mental.

Menurut data Persatuan Psikologi Amerika (APA) generasi milenial dikatakan kurang mampu mengatasi masalah berhubung psikologi dan mental atas pelbagai sebab.

Penelitian Universiti Harvard menyatakan, pekerjaan, persekitaran dan keputusan berat yang diambil dalam hidup menjadi punca tekanan dan perasaan cemas serta ketidak produktivitian.

Namun, ia bukan punca utama. Menurut kajian, rutin harian yang terganggu atau yang tidak konsisten menjadi penyebab masalah tekanan mental dalam kalangan generasi muda masa kini yang akhirnya turut membahayakan diri.

Mari kita teliti rutin tidak sihat itu.

1. Paten tidur yang tidak sekata

Tidur yang kurang atau tidak berjadual menjadi salah satu faktor utama penyumbang tekanan. Kajian University of California menyatakan, kekurangan tidur menyerang bahagian otak sehingga menyebabkan rasa cemas. Jadi apabila anda tidur pada waktu yang berbeza-beza, tidak mengutamakan waktu tidur dan yang asyik sibuk menggunakan gajet sebelum tidur ia menyumbang pada masalah mental khususnya tekanan atau rasa cemas.

Oleh itu, pastikan anda mengamalkan waktu tidur yang berjadual dan jauhkan diri dari gajet. Senaman yang berjadual untuk tubuh juga baik untuk mental, jadi bersenamlah.

2. Makan tidak teratur

Isu makan bukan hanya menyentuh soal metabolisme tubuh, malah ia juga mempengaruhi mental seseorang. Laman bodyandhealth.com mendapati tabiat menunda waktu makan atau melewatkan sarapan menyebabkan kadar gula darah tidak stabil dan menyebabkan rasa cemas dan kebingungan. Dehidrasi atau kekurangan cecair dalam tubuh badan juga menyebabkan akibat yang sama. Ini kerana makanan dan minuman adalah keperluan biologi utama.

Oleh itu, amalkan pola pemakanan secara teratur dan konsisten. Pastikan anda sentiasa ditemani sebotol air khususnya apabila anda sedang bersenam atau beraktiviti.

3. Terlalu banyak kopi

Walaupun kopi mempunyai manfaatnya yang tersendiri, terutama dalam membuat kita lebih fokus dan sedar, namun ia juga mempunyai kesan negatif apabila diambil secara berlebihan. Kopi membuat kita lebih sensitif, mudah tersinggung, cemas dan gugup.

Kafein meningkatkan rasa panik dalam diri dan membuat kita fobia pada persekitaran. Bukan itu sahaja, kafein juga bersifat diuretik di mana menyebabkan kekerapan buang air kecil meningkat sekaligus menambah kecemasan.

Oleh itu, terhadkan pengambilan kopi atau beralih kepada kopi tanpa kafein.

4. Terlalu lama menonton tv

Televisyen menjadi teman rapat di samping gajet seperti telefon bimbit bagi kebanyakan kita. Kita berpendapat menonton tv sambil berbaring di atas sofa empuk sebagai platform untuk beristirahat yang baik. Namun ada kajian yang menyangkal fahaman itu menyatakan kewujudan tekanan dan rasa cemas secara psikologi apabila kita menonton TV lebih dari 2 jam berturut-turut. Kesan yang sama jika anda menonton dalam komputer atau telefon bimbit.

Oleh itu, cari alternatif lain selain menonton tv, lagipun ia juga tidak baik untuk kesihatan mata. Sebaiknya elak praktis amalan menonton tv dalam kalangan kanak-kanak.

5. Terlalu lama dengan telefon

Teknologi telefon bimbit menyebabkan generasi masa kini ketagih dengan gajet itu. Walaupun ia kelihatan tidak terlalu tidak membawa kesan mendalam tetapi boleh menyebabkan ketagihan yang akhirnya mengganggu keseimbangan harian. Kajian Universiti Baylor University pada 2014 menyatakan telefon bimbit sebagai pusat informasi meningkatkan aktiviti sistem saraf di mana ia memicu perasaan kecemasan.

Oleh itu, gunakan telefon bimbit secara berhemah dan mengikut keperluan. Ketagihan pada gajet ini boleh membawa kesan kepada sistem saraf dalam jangka masa berpanjangan.

6. Bekerja untuk tempoh yang terlalu lama

Ingat lagi kejadian beberapa tahun lalu apabila seorang “copywriter” di Indonesia yang meninggal dunia di meja pejabat selepas bekerja beberapa hari secara berterusan? Seharusnya tempoh masa bekerja khususnya yang melibatkan kekuatan mental harus terhad untuk tempoh masa tertentu. Menurut majalah Forbes, saat kita bekerja secara berlebihan atau tanpa kawalan masa, perasaan cemas akan berlaku secara automatik dan menyumbang kepada masalah psikologi.

Oleh itu, pastikan setiap aktiviti yang anda lakukan dihadkan untuk tempoh masa tertentu.

7. Duduk terlalu lama

Sememangnya hakiki kerja pada masa kini memerlukan kita duduk untuk tempoh masa yang lama. Duduk di kerusi pejabat, duduk di dalam kereta, duduk berbincang berjam-jam, semua ini juga beri kesan kepada kesihatan mental.

Oleh itu, berdiri dan berjalan setiap 90 minit daripada rutin duduk. Adalah lebih baik jika diimbangi dengan senaman secara rutin.