Pengulas Piala Dunia Brazil hampir dicium penonton

Seorang pengulas sukan dan pengacara berdepan momen mengejutkan apabila hampir dicium oleh seorang penonton Piala Dunia di Rusia.

Ketika kejadian, pengulas sukan wanita, Julia Guimarães yang bertugas di bawah TV Globo dan SporTV dari Brazil, sedang membuat ulasan mengenai perlawanan antara Japan dan Senegal di stadium di Yekaterinburg pada Ahad.

Tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki yang cuba menciumnya di pipi yang mana berjaya di tepis segera. Seluruh kejadian dirakam dalam kamera.

“Jangan lakukan ini. Jangan lakukannya lagi, ok?” kata Guimarães.

“Saya minta maaf, maaf… ok.. ok…” kata lelaki itu sambil berlalu pergi, seperti yang kedengaran dalam rakaman.

Pengulas sukan itu terus memarahi lelaki itu dan meminta dia menghormati wanita.

“Saya lalui banyak pengalaman seperti ini di Rusia,” katanya kepada Globo Esporte, menambah gangguan yang dilaluinya termasuk pandangan orang ramai terhadapnya selain lagu bahasa Rusia yang dimainkan kepadanya.

“Yang mana saya tak faham tetapi boleh rasa,” katanya.

“Dan ini adalah kali kedua saya berdepan gangguan secara fizikal di sini, terbaru, seorang lelaki cuba mencium saya,” jelasnya.

Guimarães kecewa dengan pengalaman di Rusia berkata dia harap semua orang akan faham keperluan kerja dan sebab dia berada di sana.

“Malangnya mereka tidak. Saya cuba memahami sebab lelaki itu fikir dia boleh bertindak sedemikian terhadap saya.”

https://www.youtube.com/watch?v=jWravt1TMuY