Fikir 2 kali sebelum makan mi segera

Kita semua amat menyukai makanan segera yang bukan sahaja murah dan mudah disediakan tetapi pada kebanyakan masa, ia sedap dimakan.

Mi segera atau “instant mee” adalah antara makanan segera yang paling popular di seluruh dunia walaupun sering kali terkait dengan pelbagai kontroversi.

Apa sekalipun pendedahan buruk mengenainya masih tidak mengganggu operasi jualan dan konsumsi dalam skala besar.

Mi segera yang dibungkus dengan perasa seperti serbuk rempah dan minyak sering kali didakwa tidak sihat dan membawa kesan buruk kepada si pemakan, selain tinggi karbohidrat dan lemak tetapi rendah protein, serat, vitamin dan mineral.

Menurut Persatuan Makanan Segera Sedunia (WINA), 52 buah negara mengambil 97.7 bilion hidangan mi segera pada 2015.

Antara pengguna tertinggi ialah China dan Hong Kong, kedua-duanya mengambil 40.43 bilion hidangan, diikuti oleh Indonesia 13.20 bilion manakala Amerika Syarikat dengan 4 bilion pada 2015.

Bagaimanapun reputasinya sebagai makanan segera semakin buruk. Satu kajian yang diterbitkan oleh Universiti Baylor dan Harvard dalam Journal of Nutrition mendapati amalan memakan mi segera meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kajian penyelidikan yang melibatkan responden dari Korea Selatan berusia 19 hingga 64 tahun menunjukkan wanita lebih berisiko terhadap sindrom metabolik akibat pengambilan mi segera. Menariknya, lelaki kurang terkesan mungkin kerana perbezaan biologi.

Salah satu kandungan The Tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ), produk sampingan industri petroleum yang digunakan untuk memelihara makanan olahan murah.

Pensyarah dari Harvard, Hyun Shin dalam 2 kajian berasingan di 2 lokasi berbeza mendedahkan potensi bahaya kesihatan yang lain daripada mi segera.

Di India, Lembaga Kawalan dan Keselamatan Makanan India (FSSAI) mendapati berlaku pencemaran plumbum dalam mi segera jenama Nestlé’s Maggi. Ia didapari mengandungi 7 kali lebih daripada had yang dibenarkan. Agensi itu segera mengeluarkan notis, “tidak selamat dan berbahaya untuk penggunaan manusia” dan dilupuskan.

Manakala di Korea Selatan, Pentadbiran Makanan dan Dadah Korea (KFDA) menemui bahan penyebab kanser yang dikenali sebagai Nong Shim pada 2012. Penemuan ini membawa kepada penarikan semula produk yang besar di dalam dan di luar negara.