Remaja Malaysia di perlawanan Rusia menentang Sepanyol

Seorang remaja lelaki dari Malaysia, Adam Riezman Roslam berjaya membawa nama negara ke acara Piala Dunia yang sedang berlangsung di Rusia sekarang setelah terpilih sebagai pembawa bola bagi perlawanan antara Sepanyol dan Rusia semalam.

Adam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang merupakan pemain Akademi Merah Kuning didapati memperoleh peluang itu selepas menjuarai Pertandingan Kejohanan Kids Skills anjuran KIA yang menawarkan hadiah wang tunai RM800 selain peluang menjadi pembawa bola dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia.

Ini bermakna Adam yang baru berusia 14 tahun itu mencatat sejarah sebagai anak Malaysia pertama terlibat sebagai pembawa bola bersama-sama 64 kanak-kanak lain dari seluruh dunia yang terpilih dalam acara bola sepak berprestij itu.

Dalam satu laporan terdahulu di portal Sukan Sinar, Adam pernah akui dirinya teruja namun gelisah dan gementar memikirkan orang ramai di seluruh dunia akan menyaksikannya.

Dia turut berkata sedikit kecewa kerana tidak menjadi pembawa bola untuk pasukan kegemaran iaitu Portugal kerana amat meminati pemain Cristiano Ronaldo.

Portugal gagal mara ke pusingan seterusnya ekoran tidak menjadi juara kumpulan B kerana sekadar seri dalam perlawanannya menentang Iran.