Baca ini sebelum tonton Ant Man and The Wasp

Siapa yang sudah menonton filem Ant Man yang kedua iaitu Ant Man and The Wasp?

Kalau belum lagi, kami ada beberapa perkara menarik mengenai filem itu yang ingin berkongsi kepada pembaca.

Semua fakta-fakta menarik mengenai adiwira bernama Ant Man mungkin menjadi ‘pembakar semangat’ untuk anda yang belum lagi menonton filem tersebut.

Walhal, filem ini dikatakan menerima koleksi pembukaan yang sangat baik iaitu AS$161 juta di seluruh dunia dengan debut terbesarnya di Korea AS$20.9 juta, diikuti Mexico AS$6.7 juta dan Indonesia AS$5.6 juta.

Di bawah ialah fakta-fakta menarik tentang Ant Man :

– Ant-Man dan Wasp berhubung-kait dengan kesan Captain Amerika: Civil War dan menggunakan peristiwa-peristiwa dalam filem itu sebagai titik tolak untuk cerita ini.

– Scott Lang merupakan Ant Man yang kedua iaitu seorang pencuri yang kacak. Hank Pym merupakan Ant Man yang sebenar. Bagaimanapun, sut milik Pym itu dicuri oleh Lang.

– Ant Man merupakan salah seorang ahli yang mengasaskan Avengers.

– Kekuatan fizikal Ant Man ialah 4 kali ganda daripada kekuatan dirinya.

– Filem Ant Man memenangi Anugerah Best Comic To Film Motion Picture pada tahun 2016 di Saturn Awards.

– Selain mencuri, pekerjaan lain Scott Lang ialah pengembara dan juruteknik elektronik.

– Kemunculan pertama Ant Man ialah dalam siri komik Avengers ke 181 iaitu pada tahun 1979.

– Nama sebenar Scott Lang ialah Scott Edward Lang.

– Keuntungan filem Ant Man yang pertama pada tahun 2015 ialah AS$180,202,163.

– Ant Man mengalami 3 kali penggantian watak iaitu Hank Pym, Scott Lang dan Eric O’Grady.

– Kemampuan Ant Man yang paling menonjol adalah mengecilkan diri dengan bantuan Pym Particle.

Demikian fakta-fakta menarik tentang Ant Man yang perlu anda tahu. Jadi, janganlah berlengah lagi untuk menonton filem Ant Man yang kedua ini di pawagam.

Bawa sekali anak-anak anda. Mereka pasti akan rasa seronok.

Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Nurhaziq dari sayapejuangbahasa.blogspot.com