Elak lakukan perkara ini selepas makan

Kesihatan adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan. Jika anda tidak mempunyai kesihatan yang baik, anda pasti tidak dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.

Salah satu cara untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selepas anda makan, ada perkara tertentu yang tidak boleh dilakukan. Jika anda buat juga, pasti kesihatan anda akan terancam.

Oleh yang demikian, di bawah dikongsikan beberapa perkara yang tidak boleh kita lakukan selepas makan.

Minum Teh

Asid tanik yang ada dalam teh bergabung dengan protein dan zat besi dalam makanan akan membawa kepada penurunan 87% penyerapan zat besi oleh tubuh badan anda. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anda mengalami anemia, kekurangan selera makan, sakit dada, tangan serta kaki berasa sejuk, pening, lemah, dan terlalu letih. Anda hanya boleh minum teh sekurang-kurangnya satu jam setelah makan.

Tidur

Tidur selepas makan boleh meningkatkan berat badan. Tidur selepas makan juga menyebabkan perut anda bekerja sepanjang malam lalu anda akan berasa tidak selesa, perut menjadi kembung, dan tidak dapat tidur dengan baik. Anda perlu makan dua atau tiga jam sebelum tidur.

Mandi

Mandi selepas makan boleh menyebabkan aliran darah meningkat pada kaki dan tangan tetapi menurun pada bahagian perut. Hal ini akan melemahkan sistem pencernaan anda dan anda akan mengalami sakit perut. Tunggu sehingga 30 hingga 60 minit selepas makan sebelum anda mandi.

Merokok

Selepas makan, sangat penting untuk anda tunggu selama 2 jam sebelum anda merokok. Kajian mendapati orang yang segera merokok selepas makan umpama menghisap sepuluh batang rokok dalam tempoh masa yang sama! Hal ini boleh menyebabkan anda berisiko untuk terkena kanser paru-paru lebih cepat daripada biasa.

Minum Air

Minum air sejurus selepas anda makan akan merosakkan apa sahaja khasiat makanan yang ada dalam tubuh badan anda. Jika anda kerap melakukannya, anda berpotensi untuk mendapat obesiti. Tunggu sehingga 30 hingga 45 minit selepas anda makan untuk minum air.

Makan Buah-buahan

Tidak dinafikan, memakan buah-buahan adalah sesuatu yang bagus kerana sangat berkhasiat tetapi bukanlah selepas makan. Adalah sesuatu yang amat baik jika anda memakan buah-buahan semasa perut kosong atau 30 minit sebelum makan. Memakan buah-buahan selepas makan akan menyebabkan pedih ulu hati, ketidakhadaman dan kerap sendawa.

Di atas itu merupakan perkara-perkara yang anda dilarang jika anda mahu mempunyai kesihatan yang baik. Mungkin terdapat larangan di atas anda biasa melakukannya. Diharap ia dihentikan demi kesihatan anda.

Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Nurhaziq dari sayapejuangbahasa.blogspot.com