SUNGAI PETANI: Semua calon PKR bertanding PRN enam negeri telah mengisytihar harta dan ia dipaparkan menerusi laman web parti itu, kata Timbalan Presiden Rafizi Ramli.
Beliau bagaimanapun berkata, Barisan Nasional (BN) dan DAP tidak berbuat demikian kerana isytihar harta bukan dasar dua parti berkenaan.
“Walaupun BN PH dalam kerajaan, kita tanding tiket masing-masing, BN setahu saya tak ada dasar isytihar harta, DAP tak ada dasar itu, yang ada dasar PKR, calon kita memang sudah isytihar harta,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Jelajah Madani di Sungai Petani.