PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tiada hak menggunakan helikopter kerajaan untuk ke Kedah berkempen menjelang PRN, kata Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Azmin Ali.
Beliau menyifatkan tindakan itu menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan kuasa oleh pengerusi Pakatan Harapan itu.
“Kita tidak boleh salah guna sumber kerajaan dan menggunakannya untuk aktiviti kempen kita,” katanya menurut China Press dalam ceramah di Hulu Kelang malam tadi.