GEORGE TOWN: Ketidakhadiran Zairil Khir Johari malam tadi pada sesi dialog awam untuk bertemu calon yang bersaing merebut kerusi Tanjong Bunga mengecewakan penduduk.
Seorang penduduk, yang juga aktivis pengangkutan awam Zulfikar Aziz, antara 60 penduduk yang hadir pada sesi itu, menggelar Zairil sebagai “pengecut” kerana tidak hadir.
Seorang lagi penduduk, David Giam, 60, yang jelas berang berkata, ketidakhadiran Zairil akan mempengaruhi undiannya pada PRN 12 Ogos ini