KUALA SELANGOR: Pengundi di DUN Jeram berharap wakil rakyat mereka yang bakal dipilih nanti mampu mencungkil potensi Pantai Remis sebagai antara kawasan tarikan pelancong utama di Selangor.
Pantai yang terletak kira-kira 20km dari Kuala Selangor terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan dan restoran makanan laut, tetapi penduduk berkata banyak kemudahan perlu dinaik taraf.
Seorang penduduk Roslan Yusof berkata kemudahan di pantai itu kurang diselenggara dan tidak banyak aktiviti yang boleh menarik kedatangan pelancong.