Bekas pengerusi SPR sah bertanding di Kelantan

Abdul Rashid bersedia menawan Kota Lama dari PAS.

PETALING JAYA: Naib Presiden PPBM Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN di Kelantan.

Pada sidang media di Kota Bharu semalam, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan dia dicalonkan untuk DUN Kota Lama. Kerusi ini terletak di Parlimen Kota Bharu.

Turut hadir Ketua DAP Kelantan Chua Chin Sui.

Rashid sebelum ini dikatakan akan diberi kerusi Parlimen.

Ketua PPBM Kota Bharu ini dijangka memainkan peranan penting sekiranya Pakatan Harapan (PH) merampas negeri itu dari PAS.

Kota Lama merupakan kubu kuat PAS yang sekarang dipegang oleh Exco Anuar Tan Abdullah.

Kota Lama satu-satunya kerusi campuran di negeri itu. Melayu membentuk 63% daripada pengundi manakala Cina 34%.

Parti komponen PH iaitu PPBM, PKR dan Amanah dijangka terlibat dalam pertandingan 3 penjuru di semua 45 DUN menentang PAS dan Barisan Nasional.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14