BN kekalkan bekas MB Ahmad Said di DUN Kijal

Bekas menteri besar Terengganu, Ahmad Said akan terus mempertahankan kerusi DUN Kijal.

PETALING JAYA: Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang meninggalkan Umno selama beberapa hari pada Mei 2014, diberi kepercayaan oleh Barisan Nasional (BN) untuk terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.

Beliau pernah ditawarkan peluang bertanding sebagai calon Pakatan Harapan kerana dilihat berkrisis dengan Umno selepas didesak melepaskan jawatan menteri besar pada 2014 dan digantikan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Dua lagi adun, Ghazali Taib dan Roslee Daud yang keluar BN dan kembali ke pangkuan parti itu semula, turut dicalonkan untuk mempertahankan DUN Ajil serta Bukit Besi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan terus bertanding di kerusi Parlimen Besut serta Kemaman.

Menteri Besar Terengganu, Razif pula akan terus mempertahankan DUN Seberang Takir pada 9 Mei ini.

Razif turut mengumumkan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Marang, Mohamad Nor Endot yang berkelulusan SPM akan mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyandang kerusi Parlimen itu selama 5 penggal, iaitu pada 1990, 1995, 1999, 2008 dan 2013.

Pengumuman senarai calon BN Terengganu pada hari ini turut menyaksikan 16 daripada 17 adunnya dan hanya 2 daripada 4 ahli Parlimen yang memenangi PRU lepas dikekalkan.

Dua ahli Parlimen yang digugurkan adalah Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari di kerusi Hulu Terengganu dan Mohamad Zulkifli Jusoh di Setiu.

BN sebaliknya mencalonkan Datuk Rosol Wahid untuk kerusi Hulu Terengganu, manakala penyandang DUN Permaisuri, Datuk Jidin Shafee beralih ke Parlimen Setiu.

Bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, BN mempertaruhkan bekas setiausaha kerajaan negeri Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail untuk menentang calon PAS, Ahmad Amzad Mohamad dan calon Amanah, Datuk Raja Kamarul Bahrin.

Pakar motivasi yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Tengku Asmadi Tengku Mohamad pula akan mencabar Datuk Khairuddin Aman Razali daripada PAS di kerusi Parlimen Kuala Nerus.

Pada PRU13, BN memenangi 17 kerusi DUN, PAS 14 dan PKR 1, manakala masing-masing 4 kerusi Parlimen dimenangi BN dan PAS.

Berikut senarai calon BN Terengganu di 8 kerusi Parlimen:

Besut – Datuk Seri Idris Jusoh

Setiu – Datuk Mohd Jidin Shafee

Kuala Nerus – Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Kuala Terengganu – Datuk Wan Nawawi Wan Ismail

Marang – Mohd Noor Endut

Hulu Terengganu – Datuk Rosol Wahid

Dungun – Datuk Din Adam

Kemaman – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Senarai calon BN Terengganu untuk 32 kerusi DUN:

Kuala Besut – Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

Kota Putera – Mahadi Musa

Jertih – Datuk Muhamad Pehimi Yusof

Hulu Besut – Nawi Mohamad

Jabi – Mohd Iskandar Jaafar

Permaisuri – Datuk Abd Halim Jusoh

Langkap – Datuk Sabri Mohd Noor

Batu Rakit – Bazlan Abd Rahman

Tepoh – Datuk Basir Ismail

Buloh Gading (dahulu Teluk Pasu) – Che Mansor Salleh

Seberang Takir – Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman

Bukit Tunggal – Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad

Wakaf Mempelam – Salleh Othman

Bandar – Toh Seng Cheng (MCA)

Ladang – Datuk Mohd Sabri Alwi

Batu Burok – Zamri Awang Hitam

Alor Limbat – Datuk Saiful Bahri Baharudin

Bukit Payong – Toh Puan Zaitun Mat Amin

Rhu Rendang – Datuk Nik Dir Nik Wan Ku

Pengkalan Berangan – A Latiff Awang

Telemong – Datuk Rozi Mamat

Manir – Yusof Awang Hitam

Kuala Berang – Datuk Tengku Putera Tengku Awang

Ajil – Ghazali Taib

Bukit Besi – Roslee Daud

Rantau Abang – Wan Zaukfli Wan Gati

Sura – Datuk Zainun Abu Bakar

Paka – Tg Hamzah Tg Deraman

Kemasik – Rosli Othman

Kijal – Datuk Seri Ahmad Said

Chukai – Datuk Mohamed Awang Tera

Air Puteh – Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14