BN Kelantan gugur Nozula selepas 28 tahun jadi Adun Paloh

BN sekali lagi mempertaruhkan Awang Adek Hussin di Bachok walaupun beberapa kali tewas sebelum ini.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Kelantan hari ini membuat kejutan di kerusi DUN apabila mengugurkan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah daripada senarai calon pilihan raya, selepas 28 tahun menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

Daripada 12 Adun BN kelantan yang menang pada PRU lepas, 11 daripadanya kekal.

BN juga mengumumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan mencabar PAS di kerusi Parlimen Pasir Puteh.

Malah, BN mengekalkan semua penyandang di 5 Parlimen, iaitu Tan Sri Annuar Musa di Ketereh, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Seri Mustapa Muhamed (Jeli), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang).

BN juga sekali lagi mempertaruhkan Datuk Awang Adek Hussin di Bachok walaupun beberapa kali tewas sebelum ini.

Selain Awang Adek, BN turut mencalonkan semula Ketua Umno Kubang Kerian, Datuk Seri Muhamad Abdul Ghani bagi kawasan itu dan dijangka berdepan dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi kerusi Kota Bharu, BN mempertaruhkan calon muda, Fikhran Hamshi Mohd Fatmi yang juga anak ketua bahagian yang dijangka akan menentang penyandangnya Datuk Takiyuddin Hassan dari PAS dan Husam Musa dari Amanah.

Pada PRU lepas, BN menang 5 daripada 14 kerusi Parlimen dan selebihnya milik PAS.

Bagi kerusi DUN, PAS menang 32 kerusi, BN (12) dan PKR (1).

Senarai calon BN Kelantan:

  • Tumpat: Wan Johani Bin Wan Hussin
  • Pengkalan Kubor: Mat Razi Bin Mat Ail
  • Kelaboran: Hashim Bin Mohamad
  • Pasir Pekan: Wan Mohd Sanusi Wan Yunus
  • Wakaf Bharu: Mohd Rosdi Bin Ab Aziz
  • Pengkalan Chepa: Zaluzi Bin Sulaiman
  • Kijang: Wan Shahrul Azuan Bin Wan Ab Aziz
  • Chempaka: Mohamad Fareez Bin Noor Amran
  • Panchor: Zarina Binti Md Eusope
  • Kota Bharu: Fikhran Hamshi Bin Mohd Fatmi
  • Tanjong Mas: Madihah Binti Ab Aziz
  • Kota Lama: Chua Hock Kuan (MCA)
  • Bunut Payong: Mohamed Hasnan Bin Che Hussin
  • Pasir Mas: Nor Azmawi Bin Ab Rahman
  • Tendong: Yahaya Bin Mamat
  • Pengkalan Pasir: Che Johan Che Pa
  • Meranti: Ahmad Anuar Bin Hussin
  • Rantau Panjang: Abdullah Mat Yasim
  • Chetok: Muhammad Afifi Muhammad Noor
  • Gual Periok: Ghazali Ismail
  • Apam Putra: Akbar Salim
  • Kubang Kerian: Muhamad Abdul Ghani
  • Salor: Mohamad Noordin Awang
  • Pasir Tumboh: Bakri Yusoff
  • Demit: Nurul Amal Mohd Fauzi
  • Bachok: Awang Adek Hussin
  • Tawang: Mohd Radzuan Abdullah
  • Pantai Irama Ilia Husain
  • Jelawat: Mohd Radzuan Hamat
  • Ketereh: Annuar Musa
  • Melor: Azmi Ishak
  • Kadok: Mohammad Azam Ismail
  • Md Alwi Bin Che Ahmad
  • Kok Lanas: Ikmal Hisham Abdul Aziz
  • Bukit Panau: Dayang Saniah Awang Hamid
  • Gual Ipoh: Bakri @ Mohd Bakri Mustapha
  • Kemahang: Wan Rakemi Wan Zahari
  • Pasir Puteh: Asyraf Wajdi Dusuki
  • Selising: Zulkifle Ali
  • Limbongan: Mohd Hanafiah Abdul Aziz
  • Semerak: Zawawi Othman
  • Gaal: Mohd Kaisan Ab Rahman
  • Machang: Ahmad JazlanYaakub
  • Pulai Chondong: Ahmad Tarmizi Bin Ismail
  • Temangan: Wan Mohd Adnan Wan Aziz
  • Kemunting: Eriandi Ismail
  • Jeli: Mustapa Mohamed
  • Bukit Bunga: Mohd Adhan Kechik
  • Air Lanas: Mustapa Mohamed
  • Kuala Balah: Abdul Aziz Derashid
  • Kuala Krai: Ramzi Ab Rahman
  • Mengkebang: Zaki Muhammad
  • Guchil: Zuber Hassan
  • Manek Urai: Suzaini Adlina Sukri
  • Dabong: Muhammad Awang
  • Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah
  • Nenggiri: Ab Aziz Yusoff
  • Paloh: Amran Arifin
  • Galas: Mohd Syahbuddin Hashim

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14