BN Selangor umum calon, tak dedah bakal MB

Noh Omar berkata BN menghormati kuasa Sultan Selangor dalam pelantikan menteri besar.

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengumumkan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum nanti tanpa mendedahkan bakal menteri besar gabungan itu.

Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh enggan mengulas calon menteri besar sebagai menghormati Istana Selangor.

“Kita kena menghormati pelantikan Sultan Selangor. Apabila PKR lupa perlembagaan Selangor, buat Langkah Kajang, akhirnya apa yang nak dibuat perlu dapat pelantikan Sultan Selangor.

“Biar kita menang dulu, jangan buat pengumuman terlalu awal, kerana kita menghormati kuasa Sultan Selangor,” katanya.

Seramai 5 penyandang kerusi Parlimen dikekalkan pada PRU kali ini. Mereka ialah Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang akan mempertahankan Sabak Bernam, Budiman Mohd Zohdi mempertahankan Sungai Besar, Datuk Irmohizam Ibrahim mempertahankan Kuala Selangor, Datuk P Kamalanathan mempertahankan Hulu Selangor dan Noh sendiri mempertahankan kerusi Tanjung Karang.

Selain penyandang asal, BN Selangor turut mengumumkan calon-calon seperti berikut:

Parlimen:

  • Selayang: Kang Meng Fuat (Setiausaha politik Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai)
  • Gombak: Abdul Rahim Kamarudin (Ketua BN Gombak)
  • Ampang: Leong Kim Soon (Setiausaha agung Pemuda MCA)
  • Pandan: Leong Kok Wee (Ketua MCA Pandan)
  • Hulu Langat: Azman Ahmad
  • Bangi: Liew Yuen Keong (Pengerusi MCA Bangi)
  • Puchong: Ng Chin Tat (Pengerusi Gerakan Selangor)
  • Subang: Tan Seong Lim (Naib Pengerusi MCA Subang)
  • Petaling Jaya: Chew Hian Tat
  • Damansara: Chan Kee Oi (Setiausaha Pemuda MCA Damansara)
  • Sungai Buloh: A Prakash Rao (Ahli jawatankuasa kerja pusat MIC)
  • Shah Alam: Azhari Saari (Ketua Umno Shah Alam)
  • Kapar: Mohana Muniandy (Ahli jawatankuasa kerja pusat MIC)
  • Klang: Datuk Ching Eu Boon (Setiausaha MCA Klang)
  • Kota Raja: V Gunalan Velu (Ketua Pemuda MIC Selangor)
  • Kuala Langat: Shahril Sufian Hamdan (Exco Pemuda Umno)
  • Sepang: Marsum Paing (Ketua Umno Sepang)

DUN:

  • Sungai Air Tawar: Rizam Ismail
  • Sabak: Sallehudin Mohd Iskan
  • Sungai Panjang: Imran Tamrin
  • Sekinchan: Lee Yee Yuan
  • Hulu Bernam: Rosni Sohar
  • Kuala Kubu Bharu: Wong Kun Mun
  • Batang Kali: Mat Nadzari Ahmad Dahlan
  • Sungai Burong: Mohd Shamsudin Alias
  • Permatang: Sulaiman Abdul Razak
  • Bukit Melawati: Jakiran Jacomah
  • Ijok: K Parthiban
  • Jeram: Zahar Azlan Ariffin
  • Kuang: Abdul Shukur Idrus
  • Rawang: Chan Wun Hoong
  • Taman Templer: Md Nasir Ibrahim
  • Sungai Tua: N Rawisandran
  • Gombak Setia: Megat Zulkarnain Omardin
  • Hulu Kelang: Ismail Ahmad
  • Bukit Antarabangsa: Salwa Yunus
  • Lembah Jaya: Muhamad Nizam Shith
  • Pandan Indah: Mohd Haniff Roslan
  • Teratai: Liew Pok Boon
  • Dusun Tua: Mohd Zin Isa
  • Semenyih: Johan Abd Aziz
  • Kajang: Teh Yeow Meng
  • Sungai Ramal: Abdul Rahim Mohd Amin
  • Balakong: Lim Chin Wah
  • Seri Kembangan: Chang Toong Who
  • Seri Serdang: Mohammad Satim Diman
  • Kinrara: Chiew Kai Heng
  • Subang Jaya: Chong Ah Watt
  • Seri Setia: Yusoff M Haniff
  • Taman Medan: Abdul Mutalif Abdul Rahman
  • Bukit Gasing: Chai Ko Thing
  • Kampung Tunku: Tan Gim Tuan
  • Bandar Utama: Ch’ng Soo Chau
  • Bukit Lanjan: Syed Abdul Razak Long Alsagof
  • Paya Jaras: Zein Isma Ismail
  • Kota Damansara: Halimaton Saadiah Bohan
  • Kota Anggerik: Jumaeyah Masdi
  • Batu Tiga: Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop
  • Meru: Khairul Anuar Saimun
  • Sementa: Saron Judi
  • Selat Klang: Mohd Khairi Hussin
  • Bandar Baru Klang: Teoh Kah Yeong
  • Pelabuhan Klang: Sheikh Rajesh Sheikh Ahmad
  • Pandamaran: Tee Hoi Ling
  • Sentosa: Subramaniam Retnam
  • Sungai Kandis: Kamaruzzaman Johari
  • Kota Kemuning: Tiew Hock Huat
  • Sijangkang: Sulaiman Mohd Karli
  • Banting: Ng Siok Hwa
  • Morib: Rozana Kamarulzaman
  • Tanjong Sepat: Karim Mansor
  • Dengkil: Shahrum Mohd Shariff
  • Sungai Pelek: Ng Chok Sin

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14