Balik Pulau dapat universiti kalau PH menang P Pinang

Dewan Masyarakat Cina Pulau Pinang di George Town dipenuhi orang ramai yang datang untuk pelancaran manifesto Pakatan Harapan.

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan Pulau Pinang membentangkan manifesto pilihan rayanya malam tadi, menawarkan 68 janji yang mahu dilaksanakan jika ia mempertahankan negeri itu.

Daripada 68 janji itu, sebahagian besarnya janji yang pernah dibuat kerajaan Pulau Pinang sebelum ini dan ada juga yang sedang dilaksanakan.

PH Pulau Pinang mahu memperuntukkan RM20 juta kepada sekolah aliran dan agama Islam, serta tanah untuk sebuah sekolah menengah Tamil.

Janji yang dibuat oleh gabungan DAP, PKR, Amanah dan PPBM itu menawarkan:

  • pekan universiti dibina di Balik Pulau, kawasan pedalaman di bahagian pulau negeri itu.
  • memastikan projek melibatkan terowong dasar laut dan 3 jalan raya utama berlaku dan penguraian lalu litas sebaik mungkin.
  • membina litar lumba motorsikal dan arena permainan elektronik.
  • peruntukan RM20 juta setahun untuk sekolah aliran dan agama Islam.
  • 7 hari cuti bergaji untuk kakitangan awam bukan beragama Islam di negeri itu yang melaksanakan ibadah ziarah keagamaan ke luar negara.
  • peruntukan RM15 juta untuk khidmat bas percuma di kawasan sasaran di bahagian pulau dan tanah besar.
  • 1,000 CCTV di serata negeri untuk keselamatan awam.
  • pemulihan tanah timbus Jelutong selepas penutupannya.
  • jaminan tiada catuan air di negeri itu untuk tempoh 10 tahun akan datang.
  • 20,000 lampu jalan menggunakan LED penjimat tenaga menjelang 2020.
  • Pusat Harmoni bernilai RM3 juta sebagai pusat pentadbiran hal ehwal orang bukan Islam.
  • peruntukan kepada Lembaga Wakaf Hindu dinaikkan kepada rM1.5 juta setahun.
  • memperuntukkan tanah untuk sekolah menengah aliran Tamil pertama di Malaysia.
  • menuntut kerajaan persekutuan membenarkan Pulau Pinang membuat keputusan mengenai pengangkutan awam, perkhidmatan sosial, pertanian dan alam sekitar (penurunan kuasa).
  • mengedarkan 6,000 kanopi “I love Penang” percuma kepada penjaja.