Ujian orientasi Tahun 1 sisih murid?

masuk-sekolah_600

Sebaik membuka laman sosial Facebook, ramai ibu bapa yang berkongsi pengalaman hari pertama sesi orientasi anak mereka di sekolah rendah anak masing-masing.

Rata-rata ibu bapa dilihat lebih teruja daripada anak-anak mereka sendiri. Berpakaian seragam sekolah baharu, kasut putih, beg Ben 10, Frozen, puteri-puteri Disney, bekas makanan dan minuman berjenama kartun, buku-buku yang baru dibeli di kedai buku sekolah, Facebook saya sangat berwarna-warni!

Saya tahu benar tahap keterujaan itu. Saya pernah melakukan perkara yang sama tahun lepas.

Hari ini, ia kembali. Saya hanya menunggu untuk Isnin depan di mana sesi sekolah akan bermula secara rasmi dan anak saya akan memasuki Tahun 2. Ya, lebih besar tanggungjawabnya dan lebih banyak beban yang akan dipikul.

Pendidikan menjadi satu beban bermula di Tahun 1 lagi, atau bagi sesetengah ibu bapa sejak anak mereka menjejakkan kaki ke pra-sekolah lagi.

Saya menggunakan terma beban kerana sistem pendidikan sekarang membawa terlalu banyak tekanan kepada kanak-kanak. Ternyata sekolah bukan lagi dilihat sebagai rumah kedua mereka.

Ini kerana sekolah bukan lagi tempat yang sama kita pernah bermain, bergurau senda dan mengenal dunia luar. Kini di sekolah, semuanya berpalit kepada elemen peperiksaan dan akademik semata-mata.

Anda juga berpendapat sama?

Seorang rakan lelaki yang masih bujang, tampil dengan satu soalan yang sangat bermakna dalam laman Facebook. Saya melihatnya sebagai satu soalan yang sangat wajar. Lebih-lebih lagi apabila ia diutarakan oleh seorang yang belum menjadi bapa. Bayangkan betapa kasihanya dia kepada kanak-kanak zaman sekarang.

“Since when… 1st day di sekolah, murid2 dah kena bagi exam.. Sebab nk ukur dan nilai potensi diri mereka. Why not, 1st week tu buat orientasi kenal sekolah, kenal guru2..kenal makcik kantin, aunty yg sapu sampah.. Pak ali tukang kebun.. G main kat padang sekolah.. Koperasi sekolah… Makan ice cream sama2 dgn cikgu… Buat lukisan mural… Kenal tapak perhimpunan.. Lagu sekolah… Make it as second home for them dulu. 2nd week barulah.. nilai potensi diri murid2. Biar mereka adapt persekitaran baru, kwn2 baru.. Barulah bagi exam… Hmm sekadar pandangan.”

Setiap ibu bapa mungkin pernah terfikir mengenai peraturan baharu ini. Masuk Tahun 1, sama ada pada hari orientasi atau pada hari pertama sesi sekolah bermula, kanak-kanak kecil ini (termasuk ibu bapa) dikejutkan dengan peperiksaan untuk menilai mereka dan dibahagikan mengikut kelas.

Yang pandai-pandai masuk kelas pertama, habis tu yang di kelas kedua dan selebihnya tidak pandai? Bagaimana sekolah mengukurnya sedangkan kepandaian kanak-kanak sesuatu yang sangat subjektif?

Sependapat dengan rakan lelaki saya itu, saya dan beberapa ibu bapa lain juga pernah menanyakan soalan yang sama kepada pihak sekolah. Tetapi memandangkan ada ibu bapa yang selesa berbuat demikian, termasuk guru, kami pun berdiam diri.

“Makin lama makin exam oriented lah kita..giler seyh masuk darjah satu dah start stress ada exam..huhu. Kesian budak2..aku takut nnt makin tahun makin byk mental related illness sbb dari kecik dah expose dgn exam, competition between others etc..pressure beb..,” komen seorang rakan di Facebook yang sama.

Kawan saya juga mencadangkan agar kanak-kanak diberikan aktiviti yang lebih seronok pada hari-hari awal sekolah tanpa terlalu mengikut elemen yang rigid (ketat).

“For me.. Sapu cat kat tapak tangan .. Tempek kat dinding.. And tulis nama kita. So everyday kita lalu.. Hati kita akn happy.. Sekolahku rumahku..,” tulisnya.

Ada juga yang membandingkan sistem pembelajaran di Malaysia dengan Jepun. “U can change this. kat jepun, umur bawah 10 tahun belajar tata susila kan. takde exam akademik lagi.”

Dan ia di balas dengan, “Ya exactly… Nape la sistem kita jadi mcm ni. Soalan. Katakan budak tu pandai.. Tapi sebab dia rasa x selamat dgn persekitaran baru, dia gagal dlm exam tu. So budak tu.. Potensi rendah ar..apa laa.”