Popularnya sirih daripada bauksit.

bauksitkuantan_6-00

Sibuk melayari laman sosial Facebook, seperti biasa, ia adalah sumber kedua saya mendapatkan segala berita hangat yang mungkin tertinggal. Maklumlah baru balik dari cuti panjang Tahun Baharu 2016. Saya pasti ada berita yang terlepas pandang.

Sedang melihat posting rakan-rakan, terpandang beberapa posting tentang isu bauksit mengaitkan sirih dan kejadian pantai di Kuantan yang berwarna merah. Kita semua tahu, kejadian pencemaran di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam disebabkan perlombongan bauksit. tetapi ramai yang menggunakan imej sirih untuk membuat troll.

“Eh, Adam kenapa ada gambar sirih dan pantai merah? Did I miss something here? Don’t tell me, ada orang kaitan sirih sebagai punca pantai bertukar jadi merah. Saya tak boleh terima kalau itu ceritanya,” tanya saya.

Rakan sekerja saya sambil mengerutkan dahi kemudian senyum sinis akui, ia memang benar.

Terbeliak kedua-dua mata saya, “What, macam mana boleh fikir macam tu? This is hillarious!”

Kemudian saya terus Google mencari pihak yang berkata demikian. Rupanya ada pihak yang menyatakan pencemaran di kedua-dua pantai ‘bukan’ disebabkan bauksit, tetapi angkara amalan pekerja asing yang meludah sisa makan sirih.

Maka betullah ia menjadi berita viral paling sensasi sepanjang-panjang minggu ini dan mungkin akan berterusan selagi isu bauksit masih ada. Ia ternyata satu sindiran ke atas pihak yang cuba beralasan.

Walau bagaimanapun, tiada laporan atau fakta yang jelas tentang siapa yang berkata demikian kerana perkara itu hanya dimainkan dalam blog dan laman sosial sehingga saya sendiri berasa ragu-ragu tentang perkara ini.

Apapun, selepas menteri-menteri yang tampil dengan kenyataan kurang cerdik sehingga menekankan rakyat, anda, pihak berkuasa janganlah ambil giliran seterusnya.

Kami tak mahu dipimpin atau diarah oleh mereka yang tidak faham sengsara yang dilalui oleh rakyat biasa. Sekurang-kurangnya fahami sensitiviti rakyat dan elak keluarkan kenyataan yang boleh lebih membimbangkan kami.

Kesimpulannya, kini sirih pula lebih popular daripada isu bauksit itu sendiri.