
Petang ini The Strollers akan mengadakan persembahan buat kali terakhir. Setelah 61 tahun di pentas muzik dan mengukir nama sebagai kumpulan muzik pop di Malaysia dan Singapura yang pertama membuat rakaman di bawah label antarabangsa CBS, The Strollers mengundurkan diri. For good. Bagi saya ini menyedihkan.
From the original lineup hanya pemain bass, Billy Chang, akan beraksi malam ini. Pemain dram, Hussein Idris, berehat di rumah setelah dirawat di hospital akibat serangan stroke.
Melengkapi The Strollers malam ini adalah pemuzik lebih muda daripada Chang yang berusia 77 tahun dan Hussein, 75. Sejak penubuhannya, The Strollers menampilkan beberapa barisan pemuzik but the most well known terdiri daripada Michael Magness, Hassan Idris iaitu abang Hussein, Nand Kumar, Chang, dan Hussein.
The Strollers ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1965. Now I’ll get personal. Saya mengenali mereka dua tiga tahun kemudian semasa berusia 11 atau 12 tahun. Hassan dan Hussein tinggal di Jalan Raja Uda, Kampung Baru. Saya di Jalan Daud, hanya beberapa kediaman daripada rumah mereka. Semasa Hassan mendirikan rumah tangga, beliau berarak dari rumah saya diringi gesekan biola ke rumahnya untuk upacara bersanding.
Keluarga mereka dengan keluarga saya akrab. Khususnya ibu saya dengan ibu mereka, Makcik Encom. Mereka anggota Kaum Ibu Umno iaitu nama asal Wanita Umno.
Saya kenal Hassan but not Hussein. Abang mereka, Salleh, ada kedai runcit dalam perkarangan rumah mereka. Saya cukup syok setiap kali disuruh Kak Esah, kakak saudara saya, ke kedai Salleh untuk beli ramuan memasak yang terlupa beli di pasar.
Di sebelah kedai, di bawah sebuah rumah, ada kugiran berlatih. For the uninitiated, ‘kugiran’ stands for kumpulan gitar rancak. Waktu itu banyak kugiran muncul dan kebanyakannya main lagu pop yeh yeh Melayu. The Strollers main lagu Inggeris. Setelah beli pesanan Kak Esah, saya tidak terus balik rumah. Saya menonton persembahan The Strollers meskipun hanya latihan. Itulah my first introduction to the group. Waktu itu setahu saya ia dianggotai Hassan dan mungkin Chang, dan pemuzik yang saya tidak tahu. Magness, Kumar dan Hussein belum join.
Semasa saya remaja, anggota The Strollers sudah berusia 20-an dan cukup terkenal. Mereka bermain di kelab terkemuka di dalam dan luar negara, dan sudah rakam piring hitam.
Saya dan rakan-rakan mengikuti perkembangan The Strollers. Kami pergi menyaksikan persembahan mereka di beberapa tempat termasuk Tomorrow disco di Hotel Merlin (sekarang Concorde Hotel Kuala Lumpur) dan konsert di Stadium Negara. Zaman itu hampir setiap malam minggu ada konsert menyajikan muzik pop dan rock kumpulan tempatan. Lagu rakaman The Strollers sering disiarkan di radio. Lagu seperti ‘Just As I Am’ ciptaan Chang, ‘Silly Joke’ ciptaan Kumar, atau ‘Midday Sun’ nyanyian Hassan kerap ke udara dan menduduki tempat teratas carta lagu popular.
Semua anggota kecuali Chang menyanyi. Lagu-lagu yang dirakam dinyanyi oleh Magness selaku vokalis utama, Hassan dan Kumar. Oh, lagu yang arguably paling top ialah ‘Do What You Gotta Do’ nyanyian Magness. Ini bukan The Strollers original composition. Ia dicipta oleh Jimmy Web dan pernah dirakam oleh Al Wilson, Tom Jones dan ramai lagi penyanyi Barat tetapi bagi saya (dan ramai lagi) versi The Strollers is the best.
Bercakap mengenai ‘Do What You Gotta Do’, ada satu baris lirik yang dinyanyi The Strollers berbunyi, “pay that no mind and climb that devil tree of yours”. Pada hal lirik sebenar ialah “pay that no mind and find that dappled dream of yours”. Info ini saya dapati daripada buku ‘The Strollers: Malaysian pop legends’ oleh Omar Afiff, peminat setia kumpulan itu. Omar kenal The Strollers setelah dengar lagu ‘Just As I Am’ ketika berusia sembilan tahun pada 1973.
Pada 1975 anggota The Strollers membawa hala tuju masing-masing. Muncullah The Strollers 2 dengan Chang dan Hussein kekal. Magness berhijrah ke Australia manakala Kumar meninggal dunia pada 1991. Hassan meninggal dunia pada 2021.
Selepas malam ini, Chang akan bersara to take it easy bersama keluarganya, dan mungkin akan menulis lagu. Hussein seperti dikatakan tadi is recovering at home.
Sejak penubuhannya, The Strollers dianggotai oleh rakyat Malaysia pelbagai agama dan bangsa. A truly Malaysian band. Mereka berjaya bring Malaysians together through music. Bak kata Nelson Fernandez, pengerusi eksekutif FMT: “The Strollers were more than entertainers. They became part of people’s lives.”
Persembahan malam ini dinamakan The Strollers — The Farewell. Ia dianjur FMT dan Backyard Pub and Grill. Ini bukan hanya bernostalgia, bukan untuk goodbye semata mata. Ia juga satu fundraiser buat Hussein.
Kepada The Strollers terima kasih atas segalanya — lagu, muzik dan Strollersmania. All the best Billy. Didoakan Hussein akan diberi kesembuhan, Insya-Allah.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.