Rakyat saksi kemajuan Pulau Pinang

lim-guan-eng-penang-1Oleh Lim Guan Eng

Apabila BN dan menteri BN melancarkan “pendedahan” secara besar- besaran untuk kononnya ia sebagai skandal rasuah kerana membeli rumah banglo dengan harga murah, mereka mengaitkan dengan penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis seluas 1 ekar untuk projek hospital dan mereka mendakwa tanah itu untuk golongan miskin.

Walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang banyak kali mengulanginya ia kerajaan BN sebelum ini yang ingin membangunkan tanah Taman Manggis secara komersial dan ia tiada kaitan dengan pembelian rumah banglo saya kerana tanah Taman Manggis dijual kepada pembida paling tinggi melalui tender terbuka yang kompetitif, BN masih meneruskan konspirasi dan serangan politik mereka.

Kedua-dua tuduhan rasuah terhadap saya akhirnya mendedahkan konspirasi politik BN dan pemimpinnya, terutama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bukan saja pengecut dan pembohong, tetapi juga munafik.

Tiada sebarang tuduhan rasuah ke atas saya berhubung Taman Manggis. Walaupun cuba untuk memperbesarkan dan mengugut supaya berdebat secara terbuka oleh Rahman yang akhirnya pengecut untuk melakukannya, tiada langsung hasil siasatan tanah Taman Manggis yang sekali gus membuktikan pembohongan BN.

Sebaliknya, saya didakwa kesalahan rasuah yang tidak wujud dan sama sekali tidak melibatkan penjualan tanah Taman Manggis kepada KLIDC. Saya berdepan dengan seluruh jentera kerajaan persekutuan BN yang mahu memenjarakan saya selama 20 tahun untuk kesalahan rasuah yang tidak wujud kerana meluluskan pengezonan semula sebidang tanah di Balik Pulau daripada tanah pertanian kepada tanah perumahan yang mana ia masih kekal sebagai tanah pertanian kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menolak pengezonan semula kepada tanah perumahan dan tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian.

Apakah faedah atau rasuah kepada pemilik tanah, Magnificent Emblem Sdn Bhd (MESB) apabila tiada sebarang faedah kerana tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian? Apabila MBPP menolak kebenaran merancang pada 1 Disember 2015, MESB tidak dibenarkan membayar yuran pengezonan semula untuk ia dizonkan kepada perumahan.
Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) yang diketuai oleh saya tidak campur tangan untuk mengarahkan MBPP supaya mengezonkan tanah tersebut kepada tanah perumahan.

Di manakah kelebihan yang menyalahi undang-undang atau kesalahan rasuah? Namun saya berdepan hukuman penjara 20 tahun apabila tiada kelebihan diterima MESB! Berbeza dengan hutang RM50 bilion daripada skandal 1MDB atau RM4 bilion skandal derma yang mana bukan saja jelas merupakan kelebihan yang menyalahi undang-undang tetapi dana awam digunakan, namun tiada seorang pun dihukum atau ditahan kerana rasuah.

Hanya rakyat Pulau Pinang tahu adakah Program i-Sejahtera kerajaan Pakatan adalah daripada kerajaan bersih

Pembelian rumah banglo saya melalui pinjaman bank dan elaun saya sendiri sebagai ketua menteri. Tidak seperti kes rasuah yang melibatkan bekas menteri besar Selangor Mohd Khir Toyo yang mana penjual mengalami kerugian RM5 juta, penjual saya mendapat keuntungan kecil RM300,000.

Dalam kes Khir Toyo, penjual merupakan pemaju perumahan yang mempunyai hubungan perniagaan yang aktif dengan kerajaan negeri Selangor, manakala penjual rumah saya bukan pemaju perumahan dan tidak mempunyai hubungan perniagaan yang aktif dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Tidak seperti kes Khir Toyo, tidak ada paksaan atau pilih kasih yang diberikan kepada penjual rumah banglo saya. Malah Khir Toyo tidak ditahan semalaman, tetapi saya ditahan selama satu malam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tidak ada sebab untuk saya tidak hadir ke mahkamah dan membuktikan saya tidak bersalah kerana BN pastinya akan mengatakan saya akan melepaskan dan melarikan diri.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada parti saya dan rakan Pakatan atas sokongan mereka kepada saya dan keluarga dalam tempoh yang mencabar ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang datang sendiri untuk menunjukkan sokongan dan saya terharu apabila ramai orang berbangsa Melayu dan India yang menangis dan berpelukan.

Orang Melayu, Cina dan India ini tahu apa yang ingin dipertaruhkan BN apabila memfailkan tuduhan rasuah kepada saya.

Rakyat Pulau Pinang mendapat manfaat daripada sumbangan wang di bawah Program i-Sejahtera kerajaan negeri Pulau Pinang di mana RM100 diberikan setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan suri rumah.

Kerajaan negeri Pulau Pinang juga memberikan bantuan pukat kepada nelayan sebanyak dua kali setahun. Di bawah program yang sama, kerajaan negeri memberikan RM600 kepada pemandu teksi, RM100 kepada penarik beca yang berdaftar, RM100 kepada pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 dan 4 dan Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan 4, RM1,000 one-off kepada pelajar tahun pertama universiti awam, RM1,000 one-off untuk khairat kematian dan juga RM200 one-off kepada bayi yang baru dilahirkan di negeri ini.

Lebih RM400 juta diberikan sejak 2008 atau 12% daripada bajet tahunan. Sumbangan RM400 juta yang memberikan manfaat kepada mereka ini merupakan lebihan tahunan yang direkodkan kerana kita mentadbir kerajaan yang bersih.

Rakyat Pulau Pinang tidak pernah mendapat apa-apa sumbangan daripada kerajaan negeri BN sebelum ini. Tanpa kerajaan yang bersih, hampir 200,000 rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima manfaat ini. Rakyat Pulau Pinang marah apabila pemimpin kerajaan yang bersih kini didakwa kerana rasuah dan sumbangan RM400 juta untuk Program i-Sejahtera terancam.

Saya ingin memberi jaminan kepada rakyat Pulau Pinang yang kerajaan Pakatan dan pemimpinnya adalah bersih. Tuduhan ini pembohongan jahat dan merupakan konspirasi politik untuk memusnahkan saya. Kami akan berdiri bersama-sama dan tidak akan berputus asa untuk meneruskan impian kami untuk menjadi model pentadbiran Malaysia (tanpa GST dan tol yang tidak adil) bersih, mesra rakyat berdasarkan tender terbuka dan bukan kroni.

Lim Guan Eng ialah ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT