Kiblat menunjuk ke arah Kaabah di Masjidil Haram, Mekah, yang digunakan oleh umat Islam dalam banyak kegiatan agama, terutama sekali ketika bersolat.
Menentukan kiblat tepat berpandukan maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber, bukan mata angin utama semata-mata. Gambar memaparkan pakar Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor mengambil maklumat daripada sumber cahaya matahari paling terdekat dengan kediaman.
Selepas cahaya matahari paling terdekat dengan kediaman ditentukan, maklumat berasaskan bayang pula diambil.
Maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber disusun dan dikira dalam aplikasi khas.
Kejituan arah kiblat diperhalusi lagi dengan teknologi laser.
Arah kiblat tepat bersandarkan maklumat yang terpiawai dan diperiksa. Gambar memaparkan pakar kiblat menyemak semula maklumat yang diperolehi.
Tongkat bayang antara alat yang digunakan bagi memperolehi maklumat yang perlu dalam penentuan arah kibat.
Tak cukup sekadar maklumat yang diperolehi dalam kediaman, pakar mendapatkan maklumat daripada luar kediaman pula.
Pasukan 'Khairul dua beradik' iaitu Khairul Amin Hasan (kiri), 61, dan Khairul Samad Hasan, 54, memiliki tauliah untuk menjalankan kerja-kerja menentukan kiblat tepat.
Koordinat sebenar kediaman atau kawasan yang sedang diuji diambil kira dalam penentuan kiblat.
Dapatan daripada kerja-kerja menentukan kiblat tepat diperhalusi secara berkaedah menggunakan teknologi moden.
Pelekat kiblat diletakkan pada laser, yang dilaraskan ke arah Mekah berpandukan maklumat yang tepat.