Bekas jurutera Lily Suzieyana Mohd Khiruddin meneruskan cara orang lama-lama menghasilkan kuih baulu.
Sabut kelapa unsur penting dalam resepi baulu tradisional yang diusahakan oleh bekas jurutera, Lily Suzieyana Mohd Khiruddin, bersama suami, Mohd Ridzuan Tamel.
Sabut kelapa meninggalkan aroma dan tekstur yang enak sekaligus menguja keseluruhan pengalaman menikmati baulu, yang ramuan asas utamanya ialah tepung gandum, telur, dan manisan.
Atas kertas baulu seakan mudah dimasak, namun kemahiran si tukang masak menentukan apakah hasilnya enak lagi berbaloi.
Ridzuan Tamel gigih menyokong usaha isteri, Lily Suzieyana, meneruskan baulu warisan keluarga.
Mahir mengawal suhu api ketika membakar baulu tradisi kunci kepada penghasilan kuih yang cemerlang.
Adunan bagi baulu jenis lapis siap untuk dibakar.
Memasak baulu ikut cara orang lama-lama melibatkan proses yang panjang. Menyiap sebiji baulu jenis lapis sahaja boleh mengambil masa sehingga dua jam.
Acuan tembaga akan dipanaskan selama satu jam lebih awal sebelum membakar baulu.
Baulu jenis lapis, yang menjengah peminat dari Malaysia Barat ke Timur dan luar negara, mempunyai lima lapisan.
Baulu jenis cermai memakan masa selama 20 minit untuk disiapkan.
Baulu tradisi tiada 'stok siap' dan perlu ditempah terlebih dahulu.
Baulu aroma sabut kelapa hanya dibakar selepas mendapat tempahan demi menjaga kualiti.