Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama ribuan rakyat Malaysia dalam ‘Himpunan Malaysia Bersama Palestin’ di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hadir di ‘Himpunan Malaysia Bersama Palestin’ di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.
Gadis ini menampal pelekat di wajahnya sebagai tanda sokongan.
Tangisan kesedihan mengenang nasib kanak-kanak di Palestin.
Peserta ‘Himpunan Malaysia Bersama Palestin' mengangkat sepanduk masing-masing sebagai tanda tentangan keganasan rejim Zionis.
Antara peserta yang bersemangat hadir dalam perhimpunan itu.
Sepanduk memaparkan wajah Presiden Israel, bertanduk syaitan berserta dengan kata-kata kecaman turut kelihatan dibawa oleh peserta perhimpunan.
Ribuan orang awam yang hadir sambil membawa bendera negara Palestin dan sepanduk bagi memberi sokongan semasa menyertai ‘Himpunan Malaysia Bersama Palestin'.
Program ‘Himpunan Malaysia Bersama Palestin’ dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan di Palestin
Peserta perhimpunan menunjukkan kreativiti sepanduk masing-masing pada perhimpunan itu.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berucap pada majlis berkenaan yang dihadiri lebih 16,000 peserta.
Anak kecil ini memaparkan hasil lukisan manifestasi jiwanya terhadap Palestin.
Ibu bapa dilihat membawa anak kecil untuk turut bersama menunjukkan solidariti.