28.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 22, 2019

Tag: kuil seafield

Lelaki ancam serang kuil Seafield kena 8 pertuduhan

Mahadi Mamat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 8 pertuduhan termasuk mengancam untuk membuat serangan di kuil Seafield dan mengancam untuk membunuh individu.

Zuraida gesa individu ada maklumat tampil berhubung inkues kematian Adib

Sebelum ini tular dakwaan seorang jururawat bahawa kenyataan pakar forensik HKL Dr Ahmad Hafizam Hasmi berhubung kematian Adib tidak tepat.

Permohonan penganut halang pemaju masuk kuil Seafield ditolak

Mahkamah mendapati pemohon tiada justifikasi yang wajar untuk tindakan terhadap pemjau dan tiada locus standi untuk memulakan saman.

Rusuhan kuil Seafield: 2 lagi dituduh, mengaku tak bersalah

M Chandran didakwa menghalang laluan kenderaan polis dengan kekerasan manakala A Janagan didakwa merosakkan kenderaan.

Sosma: Ramasamy persoal sikap Kabinet PH

Adakah insiden kuil Seafield msatu bencana besar dan kerajaan harus mengaktifkan undang-undang yang sudah dikuburkan, soal P Ramasamy.

Sultan Nazrin sebak mengenang pemergian Muhammad Adib

Seluruh negara tanpa mengira kaum dan pegangan agama daripada semua rakyat, termasuk istana, turut berduka.

Pentadbir sah kuil Seafield sedia bekerjasama dengan peguam negara

K Chellappa menepis dakwaan dia melarikan wang pampasan, mengatakan wang itu diamanahkan kepada peguam pemaju.

Kutipan dana tanah kuil Seafield dihentikan

Kutipan dana yang dimulakan hartawan Vincent Tan dihentikan selepas peguam negara berjaya mendapatkan satu pertujuan daripada semua pihak dalam isu kuil Seafield.

Polis berkawal di kuil Seafield, One City selepas kematian Adib

Lebih 150 anggota termasuk polis berpakaian biasa dan Unit Simpanan Persekutuan berkawal.

Kuil Seafield perlu pulangkan tanah, wang kepada One City, kata MB...

Tanah dan wang berjumlah RM1.5 juta yang diberikan pemaju perlu dipulangkan sebagai sebahagian penyelesaian dicadangkan peguam negara.

Kuil Seafield: Pihak bertelagah capai persetujuan baharu, kata peguam negara

Tommy Thomas berkata pemaju akan memindah hakmilik tanah yang sekarang diduduki kuil itu kepada satu amanah yang akan ditadbir Mahkamah Tinggi.

Ikut undang-undang, kata MB selepas RM2 juta dikutip untuk kuil Seafield

Menteri Besar Amirudin Shari menegaskan kerajaan negeri berada di tengah-tengah dalam mencari penyelesaian kes kuil Seafield.

Kuil Seafield: Polis soal exco Selangor lebih 1 jam

V Ganabatirau disoal tentang kenyataan di Facebook mengatakan 'Muslim group' menyerang Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Isu kuil Seafield akan ‘selesai’ dalam 2 minggu, kata MB Selangor

Amirudin Shari berkata isu kuil Seafield boleh diselesaikan sekiranya semua pihak terlibat bertolak ansur.

Kumpulan hak asasi bantah guna akta kontroversi dalam isu kuil Seafield

Hakam berkata kerajaan mesti membuktikan ketenteraman awam dan hak asasi manusia boleh seiring.

Exco: MB temui semua pihak dalam isu kuil Seafield tidak lama...

V Ganabatirau berkata sebelum ini usaha mencari penyelesaian menemui jalan buntu kerana wujud 4 pihak berbeza pandangan.

Hartawan umum RM2 juta dikutip untuk kekalkan kuil Seafield

Pengasas Berjaya Group, Vincent Tan menjangkakan dana akan bertambah apabila kempen kutipan derma orang ramai diiklankan di media esok.

Kuil Seafield pindah tanpa persetujuan penganut, dakwa persatuan

Penasihat Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Ikon Shah Alam berkata hanya 2 individu yang menuntut pengurusan kuil itu bersetuju untuk berpindah.

India sokong penuh tindakan Malaysia dalam kontroversi kuil Seafield

Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia Shri Mridul Kumar memberi jaminan sokongan penuh India kepada Malaysia dalam perbincangan dengan Wisma Putra.

Waytha selar pemimpin pelampau India ‘tokok-tambah’ kontroversi kuil Seafield

Menteri mengutuk sekerasnya tuduhan Arjun Sampath, dan akan menyampaikan bantahan kepada kerajaan India.

Pemimpin pelampau India buat tuduhan mengejutkan di sebalik kontroversi kuil Seafield

Arjun Sampath dakwa peristiwa kuil Seafield dicemari kekejaman, gesa perdana menteri India kecam Putrajaya.

Dewan Rakyat tolak usul bincang isu kuil Seafield

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata, usul tersebut telah ditolak Speaker Dewan rakyat, Mohamad Ariff, pagi tadi.

PM: Plaintif kes kuil Seafield boleh kemuka rayuan ke mahkamah lebih...

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rayuan boleh dibuat ke peringkat kedua, iaitu Mahkamah Rayuan.

Firma guaman nafi upah samseng dalam kejadian kuil Seafield

Firma guaman Skrine berkata tiada mana-mana peguamnya ditahan polis.

MOST VIEWED LAST 2 DAYS

CURRENT HIGHLIGHTS