PAS akui hadapi ancaman baharu tapi bukan BN

PAS akui hadapi ancaman baharu tapi bukan BN

PAS bercadang untuk bertanding di 25 kerusi pada PRU14 termasuk tambahan lima kerusi baharu

Datuk-Iskandar-Abdul-Samad-,pas,selangor

KUALA SELANGOR:
PAS mengesahkan terdapat ancaman baru yang mahu mencabar kedudukan parti itu di Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Ab Samad berkata, musuh baru itu yang mendapat kerusi ahli majlis, akan meletakkan calon-calon di kawasan yang dimenangi PAS pada pilihan raya akan datang.

“Kali terakhir, ancaman PAS adalah UMNO/ Barisan Nasional. Tetapi sekarang kita mempunyai musuh baru yang kita telahpun memutuskan hubungan.

“Dan saya mendapati mereka telah mengumumkan akan bertanding di lapan kerusi. Ini adalah ancaman. Mereka telah meletakkan diri mereka sama seperti UMNO/BNl,” katanya pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Selangor di sini, hari ini.

Walaupun tidak menyebut nama, kenyataan Iskandar itu merujuk kepada parti serpihan PAS, Parti Amanah Rakyat (AMANAH) yang menyertai Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Iskandar yang juga Naib Presiden PAS turut mengumumkan bahawa parti Islam itu akan bertanding di 25 kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga mengesahkan akan meneruskan kerjasama dengan PKR tetapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka itu enggan mengulas lanjut dan meminta media tunggu dan lihat.

“Kita akan bertanding. Akar umbi meminta kami untuk bertanding lima kerusi lain dan kami akan bekerjasama dengan PKR.

“Ini bukan soal lapan kerusi, tetapi kerana terdapat keperluan untuk berbuat demikian,” katanya

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), PAS bertanding di 20 kerusi DUN dan menang 15 kerusi.

PAS juga bertanding di Kota Damansara dan Semenyih, yang menjadikan pertandingan tiga penjuru antara PAS-PKR-UMNO sekaligus membangkitkan kemarahan penyokong parti itu dan PKR.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.