AG perlu selesaikan segera siasatan SRC, RM2.6 b

AG perlu selesaikan segera siasatan SRC, RM2.6 b

Mohamed Apandi perlu utamakan kes itu kerana ia mempertaruhkan integriti Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

ABU-TALIB-OTHMAN,afandi

PETALING JAYA:
Kertas siasatan SRC International dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu diselesaikan dengan segera.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman memberitahu The Malaysian Insider, ini kerana isu itu menyentuh integriti Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menggesa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi keutamaan kepada kes-kes itu kerana ia mempertatuhkan integriti Perdana Menteri dan kerajaan.

“Jika perlu, beliau (Apandi) perlu bekerja di luar waktu pejabat untuk melihat dokumen-dokumen penting kerana ia menjadi tanggungjawabnya untuk membuat keputusan secepat mungkin,” katanya kepada portal itu.

Abu Talib merujuk kepada kenyataan Apandi bahawa beliau memerlukan masa untuk meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia melibatkan banyak fail.

Abu Talib, yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berkata, Apandi juga perlu mengambil kira persepsi masyarakat antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.

“Masalah-masalah ini mesti diselesaikan segera atau jika tidak, ia mungkin memberi kesan ke atas pelaburan asing ke negara ini,” kata Abu Talib.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.