TPPA: PERKASA mula curiga apabila Najib – Obama main golf

TPPA: PERKASA mula curiga apabila Najib – Obama main golf

Jika TPPA baik, mengapa 60 negara yang dijemput sertai perjanjian itu, hanya 12 negara sahaja yang setuju termasuk Malaysia.

ibrahim-ali-2

KUALA LUMPUR:
PERKASA mula curiga dengan TPPA apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama bermain golf bersama-sama di Hawaii duat tahun lalu.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, rasa curiga itu makin bertambah apabila Obama datang lagi ke Malaysia baru-baru ini ini, untuk kali kedua.

“Apabila Najib main golf di Hawaii bersama Obama, saya menaruh kecurigaan.

“Apabila Obama datang ke Malaysia sebanyak dua kali, saya lagi menaruh kecurigaan.

“Kenapa kita tolak? Pada awalnya Amerika menjemput 60 negara menyertai TPPA. Tapi akhirnya 12 negara sahaja yang tinggal,” katanya di PAdang Merbok ketika menyertai Bantahan TPPA.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, mustahil untuk Parlimen menolak TPPA kerana Ahli Parlimen BN adalah majoriti di Dewan Rakyat.

‘Harapan kita sangat tipis kecuali Najib mahu bertaubat esok,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.