Rafizi didenda RM1,800 fitnah UMNO

Rafizi didenda RM1,800 fitnah UMNO

Dia didapati bersalah kerana menuduh UMNO terlibat dalam serangan terhadap gereja di Selangor menggunakan Molotov.

Rafizi

PETALING JAYA:
Mahkamah Sesyen hari menjatuhkan hukuman denda RM1,800 kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli selepas didapati bersalah memfitnah UMNO.

Hakim Azwarnida Arrifin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan tiada keraguan munasabah terhadap Rafizi yang menuduh UMNO terlibat dalam serangan terhadap gereja menggunakan Molotov.

Rafizi bagaimanapun kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Setiausaha Agung PKR itu membuat tuduhan ahli UMNO terlibat dalam membuat serangan menggunakan molotov di kawasan gereja di Selangor menerusi satu artikel yang diterbitkan di The Edge Financial Daily pada 2014.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Azhari Harun manaala Rafizi diwakili Eric Paulsen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.