Ahmad Bashah MB Kedah baharu

Ahmad Bashah MB Kedah baharu

Pengumuman pelantikan beliau akan dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.

Ahmad-Bashah_kedah_600

ALOR SETAR:
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dipilih Menteri Besar Kedah baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang baru sahaja melepaskan jawatan itu.

Pelantikan Ahmad Bashah itu disahkan oleh Mukhriz pada sidang media sebentar tadi.

Ditanya apa amanat kepada Menteri Besar baharu, Mukhriz dengan nada sinis;

“Saya harap beliau tidak lena (tidur) ketika angkat sumpah esok,” katanya.

Pengumuman pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah akan dibuat sebentar nanti oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din.

Ahmad Bashah, 66, ADUN Bakar Bata selama empat penggal sejak 1999.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.